“Puteri Balqis yang dahulu adalah seorang yang gagal berbanding Puteri Balqis hari ini.” Pelakon ini kata tidak mungkin dia akan menjadi seorang yang ceria dan periangn seperti sebelum ini.
“Ramai yang mahukan saya jadi seperti dahulu. Tapi saya yang dahulu adalah Puteri Balqis yang gagal. Gagal dalam menilai orang dan gagal dengan pujian. Saya tidak tahu antara madu dan racun,” katanya melalui Facebook Garasi TV. Malah Balqis juga mengalami tekanan perasaan kerana gagal mempertahankan ibunya yang dilempar pelbagai fitnah oleh masyarakat.
“Paling saya tertekan sebab saya gagal pertahankan ibu saya. Orang cakap ibu penagih dadah dan gunakan saya untuk cari duit. Jadi saya lebih selesa jadi diri yang sekarang. “Walaupun saya boleh bersuara, tapi orang tidak dengar. Sekarang saya hendak beritahu bahawa ‘Puteri Baqis’ yang dahulu gagal."
Balqis juga dibuli sehingga ada netizen yang berkata dia akan ‘membunuh’ ibunya sendiri suatu hari nanti.
“Bagaimana saya boleh melakukan perkara itu (bunuh ibu)? Ibu satu-satunya insan yang saya ada. Ibu pernah menangis di kaki saya sebab kata dia gagal menjadi seorang ibu yang baik. “Sedih bila orang juga tuduh saya yang bukan-bukan. Orang kata saya psiko, tidak berjaya dan tidak terurus. Malah ada juga yang doakan saya mati. Walaupun saya nampak okey, saya masih manusia yang ada hati."
Pelakon ini juga dilabel sebagai gadis pelik namun dia sama seperti orang lain yang manja dengan ibunya. “Tetapi kalau diluar, saya kena tonjolkan perwatakan diri yang matang kerana tidak mahu dipijak. Saya kena kuat." Balqis juga menafikan dia dan ibu sudah jauh terpesong daripada agama.
Menurutnya dia tidak akan sesekali berkongsi (tunjuk) ibadah yang dilakukannya untuk tontonan umum. “Mereka (netizen) tidak nampak macam mana ibu saya menangis dan bersujud ketika berdoa. Ibu saya bukan sahaja mendoakan manusia, tetapi juga mendoakan alam. Masyarakat tidak boleh menghakimi saya berdasarkan pakaian. Itu cara saya.
“Kami selalu mendoakan semua, termasuk mereka yang membenci kami. Kami tidak berani untuk membunuh sekecil-kecil makhluk seperti semut." Dalam masa yang sama Balqis juga menafikan yang dia seorang lesbian. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|