Ketika sedang sibuk mempromosi lagu Cinta Atau Propa, pengarah sensasi Michael Ang berdepan kecaman daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.
Enggan melatah, Michael bagaimanapun berkata dia tidak pernah melabelkan Aliff sebagai ‘tergedik-gedik’ seperti yang disensasikan usahawan berkenaan. “Kau kata aku cakap kau (Aliff Syukri) tergedik-gedik, kau faham tak apa yang aku cakap? “Aku cakap aku tak tergedik-gedik keluarkan lagu dan bayar sendiri, aku dibayar untuk menyanyi... itu perbezaan kita,” ujarnya kepada mStar.
Tambah Michael, dia sesekali tidak pernah mengutuk lagu nyanyian Aliff namun pernah memuji lagu nasyid nyanyian usahawan tersebut. “Pergi cari bukti yang tunjukkan aku pernah kutuk lagu kau... tak pernah, puji lagu nasyid kau ada la. “Apa-apa pun dia ada hak, kalau dia tak suka saya tak kisah... bagi saya, lagu tersebut untuk orang dengar dan untuk orang judge,” katanya.-CARI Sumber: mStar Online
|
nakkomenjugak replied at 14-1-2022 03:05 PM
Yassssss
Perlawanan antara fonen!
Tarik rambut cepat!
laksmanabentan replied at 14-1-2022 03:13 PM
fonen kalau bergaduh.... abisssssss......
semua perkataan keluar... hahahahhahaa.....
ADVERTISEMENT