Syukur dan teruja, itu yang diluahkan penyanyi Nubhan apabila berkongsi berita gembira isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu.
Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi. "Alhamdulillah isteri dan baby kami berada dalam keadaan sihat. Kedua-duanya dah dibenarkan pulang dan kini sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak di Melaka. "Perasaan memang seronok cuma anak ketiga ini kita dah lebih bersedia dan berpengalaman, jadi tak ada la gementar macam anak pertama dahulu.
"Semua kelahiran memang saya akan teman isteri di bilik bersalin, kesakitan itu lebih kurang sahaja. Isteri menahan sakit kontraksi sehari tapi baby kali ini lebih senang keluar," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
24-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.349183 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.