Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) ataupun nama lainnya, Pentagon akan menubuhkan sebuah pejabat baru khas untuk menyiasat perkara berkaitan Objek Terbang Tidak Dikenali atau Unidentified Flying Object (UFO). Sekumpulan pegawai pertahanan AS ditugaskan dalam sebuah pasukan pakar UFO yang dikenali sebagai ARSO. Walaupun begitu, kewujudan ARSO dikatakan tidak akan mengubah sebarang pendirian asal Pentagon yang banyak merahsiakan hasil penemuannya.
Para pengkritik dan ahli konspirasi teori telah memberi amaran yang kerajaan AS akan menyembunyikan sebarang bukti ataupun mana-mana penemuan utama dan siasatan mengenai UFO sebenarnya sudah lama dijalankan secara rahsia seperti penemuan di Roswell, New Mexico dan lokasi tersembunyi dikenali sebagai Area 51.
Ron James seorang jurucakap Rangkaian UFO Bersama berkata orang ramai tidak mungkin akan diberitahu mengenai sebarang bukti kewujudan UFO, dia juga memberitahu "UFO adalah subjek sejarah kerahsiaan yang boleh dibuktikan." Adakah anda percaya kewujudan UFO? -CARI |
ADVERTISEMENT