Petaling Jaya – Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan adanya masyarakat berbeza kaum dan setiap darinya mempunyai kepercayaan, agama serta berlainan budaya.
Seperti masyarakat berbangsa Cina, mereka mempunyai kepercayaan dan tradisi yang tersendiri sebagai tanda mereka patuh pada agama yang dianuti. Menerusi perkongsian oleh Ah Leong di laman TikTok miliknya baru-baru ini, ada di antara pengikutnya bertanyakan soalan mengenai fungsi barang yang dianggap seperti pen yang digantung pada bahagian kolar baju oleh kebanyakan masyarakat Cina. Menurutnya, apa yang mereka gantung di badan itu bukanlah pen tetapi adalah kalung yang menyimpan patung Tuhan mengikut kepercayaan mereka. “Pen yang ada di kolar saya? apalah kamu ini, malu saya ditanya seperti itu. “Ini bukan pen, ini Tuhan saya. Itulah yang saya boleh bagi tahu,” katanya. Jelasnya, Tuhan itu dapat melindungi dan merahmati setiap perjalanan mereka agar lebih dipermudahkan. Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen. “Terima kasih bagi tahu, selama ini puas saya fikir, kenapa kawan Cina saya gantung pen di kolar baju mereka, senang nak guna untuk tulis mungkin,” kata Diana Natashah. “Kawan saya ada pernah cerita, katanya gantung benda itu untuk lindungi diri dari sesuatu yang jahat,” kata Conan. – CARI Sumber: Kosmo
|
Jelasnya, Tuhan itu dapat melindungi dan merahmati setiap perjalanan mereka agar lebih dipermudahkan.
Simunggu replied at 14-1-2022 02:12 PM
saya pun ingat pen
Skuau replied at 14-1-2022 03:23 PM
sapa yg kata tu pen..korang kena pi chek mata...
Belibis replied at 14-1-2022 03:27 PM
Dia nampak klip jer..bongkah tokong tu kat dalam baju.
“Pen yang ada di kolar saya? apalah kamu ini, malu saya ditanya seperti itu.
“Ini bukan pen, ini Tuhan saya. Itulah yang saya boleh bagi tahu,” katanya.
lurkingaround replied at 14-1-2022 02:36 PM
.
"Tuhan" tak akan melindungi dan merahmati mereka yang buat jahat/dosa, seperti menipu, menganiaya ...
pittjie replied at 14-1-2022 05:02 PM
hahah gelopoh makan pun ko tulis
ADVERTISEMENT