Sebenarnya, ramai yang tak kisah jika rumah tidak dipenuhi dengan barang perabit kerana untuk mendeko tidak semestinya memerlukan perabot yang banyak dan mahal. Bahkan penghuni hanya perlu bijak menggunakan barangan dan perabot serta menyesuaikan dengan warna yag cantik sahaja.
Namun, ada juga sesetengah orang berpendapat rumah tak perlu deko cantik-cantik, kata mereka itu hanya merugikan sahaja. Salah tu, rumah sendiri atau rumah sewa yang dideko cantik akan tampil lebih selesa dan membuatkan kita tak sabar untuk pulang ke rumah. Seperti perkongsian daripada Puan Watiey ini berkongsi beberapa foto tentang sebelum dan selepas dia dan suaminya mendeko rumah ala-ala ‘farmhouse’. Walaupun nampak ‘simple’ tetapi sangat cantik dan elegan. Ini kerana penggunaan warna dinding dan perabot sangat sepadan. "Complete da deko! Ramai yang suka modern decor tapi watiey suka sgt Farmhouse style! Ala-ala rumah orang putih gitu. Dulu jiwa muda suka rumah kelam-kelam simple, sekarang suka yang nampak bersih . Konsep farmhouse ni lebih rustic, warmth dan traditional. Tapi kami buat ikut bajet sendiri. Personally area dapur n patio, tempat paling suka sangat. Start dari November tahun lepas, buat dua laki bini je. Dulu jiwa muda, suka gelap-gelap simple je, decor 2017" Sumber: Facebook Watiey Abdullah "Ruang makan dulu. Habis cantik da rasa ni. Ruang makan sekarang. Beza banyak kan. Cerah mata. Tingkap tu pon mintak hubby buatkan. Hantar kedai pasang cermin. Setengah orang rasa buruk, tapi kami suka. Memang usaha cari yang nampak meja lama macam ni. Harga tak lama ya…Ada je tingkap yang jenis modern, tapi tak kena dengan jiwa katanya. Jadi, decide buat sendiri untuk nampak lebih rustik. Sebab tak nak nampak kosong sangat watiey letak painting and bench." Sumber: Facebook Watiey Abdullah "Ruang tamu dulu crowdednya aiyo…Ini ruang tamu sekarang, Fireplace memang essential untuk tema farmhouse. Nasib la suami pandai bertukang. Pon buat sendiri." Sumber: Facebook Watiey Abdullah "Pantry come. Ingat nak buat barn door kecik tapi tak sesuai, so watiey pakai la lansir je untuk tutup. Tadaaaa, stock untuk anak buah bila datang. Diri sendiri tak makan sangat pun. Dekat atas tu watiey letak lampu kecik. Ada remote and boleh tekan juga dekat lampu tu. Watiey tak pilih motion sensor sebab kucing dalam rumah kang tak pasai on sedia." Sumber: Facebook Watiey Abdullah "Dapur kecik comel je. Tu backsplash jenis sticker." Sumber: Facebook Watiey Abdullah "Bilik tetamu dulu pakai kayu pallete. Bilik tetamu sekarang, deco lebih simple. Sebab kadang-kadang family datang terutamanya orang tua so kita guna warna hijau fresh and lembut je…" Ya Allah cantik betul deco yang dibuat oleh Puan Watiey dan suaminya. Geram tengok, macam kat rumah mat saleh! Semoga satu hari nanti tercapai juga impian kita yang nak deco rumah cantik macam ini! -CARI |
kucingitam replied at 14-1-2022 12:32 PM
nak nampak luas memang letak warna putih semua...confirm nampak cantik
Zack8hunter replied at 16-1-2022 08:42 PM
bini aku dah inform siap2.. toksah nk deco2 sgt yg boleh perangkap habuk.. wainscoting, flutted wall ...
Zaien replied at 17-1-2022 11:14 AM
btol2.. putih ni mmg main peranan...
Crackerlin replied at 4-2-2022 08:12 PM
Sama la suka warna putih semua perabut kalau tak putih pun warna hitam. Tapi kena pndai deco jugak ...
phoeber replied at 4-2-2022 08:15 PM
putih2 ni cepat kotor la. Warna gelap2 lawa senang nak jaga. Tak yah lap hari2 pun nmpk kemas je. ...
phoeber replied at 4-2-2022 08:15 PM
putih2 ni cepat kotor la. Warna gelap2 lawa senang nak jaga. Tak yah lap hari2 pun nmpk kemas je. ...
ADVERTISEMENT