CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harris Alif Nak Ikut Masuk Sekali, Teringin Nak Tengok Intan Ladyana Bersalin

14-1-2022 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2335| Komen: 6

Mahu menemani isteri dan merasai sendiri pengalaman di dalam dewan bersalin, pelakon dan penyanyi Harris Alif bagaimanapun akur jika prosedur operasi standard (SOP) tidak mengizinkannya berbuat demikian.


Kata Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 23, dia akan memberanikan diri menemani isterinya iaitu pelakon Intan Ladyana yang dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada hujung Februari nanti.


Foto: IG

“Saya okey nak teman dan melihat sendiri proses bersalin nanti.

“Ini adalah pengalaman pertama, pastinya saya mahu rasai sendiri.


“Tetapi tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” ujar Aliff kepada mStar.



Bakal bergelar bapa pada usia muda, Harris memberitahu dia lebih senang mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan secara atas talian.

“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaik mungkin. Cari sahaja di Internet. Banyak ilmu manfaat yang boleh dipelajari.

“Jadi tak perlu saya hadiri kelas untuk belajar ilmu menjadi seorang bapa.

“Selain itu ibu bapa saya juga sering beri nasihat apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” ceritanya.



Hariss dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.

Mereka sebelum ini tidak pernah berkongsi cerita tentang kehamilan meskipun peminat sudah dapat melihat baby bump pada Intan.



Hujung tahun lalu Intan dikejarkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19, sementara Harris pula menjalani kuarantin di rumah.

Baru-baru mereka akhirnya membuka mulut tentang kehamilan Intan dan memberitahu punya alasan sendiri untuk tidak menceritakan hal tersebut kepada umum. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 14-1-2022 10:43 AM
spital private no hal je somi nak temankan..lain la chuollss nk bersalin kat GH ye la somi x bleh teman
Quote Thunderclouds 14-1-2022 11:04 AM
P private la. Hg nk bwk sekampung pn bole. Standby rm ja..
Quote orkid_amani 14-1-2022 11:54 AM
Yaa private boleh aih .asalkan hg berduit. Mampu kn
Quote miemiecha 14-1-2022 03:47 PM
besor dah anak sulong intan ladsagna...
Quote downiey 15-1-2022 04:37 PM
semog dipermudahkn urusan
Quote dudaberhias 15-1-2022 05:12 PM
Nak tengok di persilakan. Lagipun isteri kan. Tapi jangan gigih rekod2 macam aliff syukri sampai telur  pun nampak masa baru2 lahir tu. Gila punya ponen. Mujur heols tak tunjuk che pit si shida tu jer. sampai ke harini kaka ingat video tu.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060406 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top