Belum pun reda isu pendedahan pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mengaku pergi ke tanah suci tanpa mengambil vaksin,kini dia berkongsi pula isu perihal menteri yang dimuatnaik di akaun Instagram nya.
Gara-gara membuat pengakuan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Senator Ustaz Idris Ahmad mahu pihak berkuasa menyiasat pendakwah tersebut. Bagaimanapun, kenyataan Idris telah disanggah kembali oleh Abu menerusi sebuah video. Dalam pendedahannya, dia mendakwa mantan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa ahli kerajaan yang lain tidak mengambil vaksin ketika menunaikan Umrah baru-baru ini. “PDRM, KKM dan Menteri Agama wajib siasat Mantan PM Mahyuddin Yassin dan rombongan. Mereka pergi Umrah baru-baru ini tak Vaksin MM langsung. Nak siasat sangat kan. Siasatlah!
Bila saya bongkar geng kerajaan lah yang tak Vaksin MM bila datang Saudi. Mula nak tutup buku?! Dok wajibkan Vaksin. Tapi jenis Vaksin pun jahil. *Jangan ‘Sembah’ Vaksin. Usah per’tuhan’kan WHO,” dedahnya. Melihat pendedahannya itu, orang ramai telah membanjiri ruangan komen pada hantaran tersebut dengan pelbagai pandangan serta persoalan.
|
budakshinchan replied at 14-1-2022 07:58 AM
abis konon cocok vaksin depan press dulu action je la si wak yiddin ni?
Samerosie replied at 14-1-2022 12:07 PM
Berita 1 Mac 2021? Apa relevan nya?
tumpanglalu74 replied at 14-1-2022 02:49 PM
Relevan la. Dah dia pon muntri.. Ko sentap nape?
Samerosie replied at 14-1-2022 07:54 AM
Jantan jenis si labu ni memang jahat dan jahil. Dah la kau yg stirring the shit lepas tu bila shit ...
ADVERTISEMENT