CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurse Buat Duit, Pura-Pura Suntik 45 Antivaksin

14-1-2022 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 845| Komen: 2

Description: Rom: Demi wang, seorang jururawat lelaki di Itali tergamak menawarkan vaksin palsu kepada golongan antivaksin.
Rom: Demi wang, seorang jururawat lelaki di Itali tergamak menawarkan vaksin palsu kepada golongan antivaksin.

Dia didakwa berpura-pura melakukan suntikan ke atas sekurang-kurangnya 45 individu sebelum membuang vaksin itu dalam tong sampah.


Susulan kejadian, polis menahan lelaki itu bersama empat lagi yang bersubahat dalam aktiviti terbabit.

Ia selepas polis berjaya mendedahkan skim terbabit yang membenarkan antivaksin membayar bagi mendapatkan pas kesihatan tanpa sebarang suntikan.


Foto: Polizia di Stato

Polis di pantai timur Ancona, merakam pengakuan jururawat yang bertugas di hab vaksin terbesar di bandar itu yang mengaku dia membuang cecair dan jarum sebelum berpura-pura menyuntik lengan pesakit.

Polis berkata, suspek dilihat meletakkan pembalut pada lengan individu berkenaan supaya tiada siapa akan mengesyaki penipuan itu.

"Kira-kira 45 orang yang didakwa menerima pas sedang disiasat, dikehendaki mendaftar masuk setiap hari dengan polis dan dihalang meninggalkan bandar mereka," kata polis dalam satu kenyataan.

Katanya, skim vaksinasi palsu itu membazirkan sumber asas awam.

Suspek didakwa melakukan rasuah, memalsukan maklumat dan penyelewengan.

Sebanyak 86 peratus daripada populasi Itali yang berumur lebih 12 tahun lengkap divaksin, manakala 60 peratus yang layak sudah menerima dos penggalak masing-masing.

Pas kesihatan sedang diperkenalkan di negara seluruh Eropah, mengakibatkan pelbagai skim penipuan vaksinasi wujud.

Penjual dalam talian menawarkan sijil pelbagai negara termasuk Portugal, Perancis dan United Kingdom yang semuanya memerlukan bukti vaksinasi untuk mendapatkan akses ke tempat tertentu. - CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 14-1-2022 09:14 AM
Benda ni dok jadi meratam bukan kot ni ja rupanya no
Quote prettyuglybabe 14-1-2022 10:35 AM
takkan la petugas kesihatan nak judikan tugas dorang ikut kehendak oranggggg

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063243 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top