CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masak Sendiri Lazat Tak Terperi - Resepi Wajib Nasi Kandar, Kobis Goreng Ala Mamak Untuk Dicuba

15-1-2022 08:56 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3483| Komen: 9


Rata-rata pergilah mana-mana restoran nasi kandar pasti selalu tengok sayur kubis goreng. Semestinya menu ini amat bersesuaian sekali dimakan bersama nasi kandar.

Rupa-rupanya nak memasak menu ini di rumah sebijik sama dengan restoran nasi kandar tidaklah begitu sukar. Seorang pengguna Facebook, Mohd Rozmie berkongsi resepi tersebut beserta langkah demi langkah siap dengan gambarnya sekali.

Jom kita lihat caranya.

Bahan-bahan

½ biji kubis 
6 ulas bawang merah 

4 ulas bawang putih ½ batang lobak merah 
1 sudu teh halba campur 
1 inci halia 
6 tangkai cili kering 
2 biji cili padi 
2 tangkai daun kari 
1 sudu teh serbuk kunyit 
½ sudu teh biji jintan putih 
Sedikit serbuk lada sulah/putih 
Garam secukup rasa 

Cara Memasak: 
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis. 



2. Bahan tumisan yang perlu disediakan. 
  • Halia potong mancis
  • Bawang merah potong mayang 
  • Cili padi potong kasar 
  • Bawang putih racik halus 
  • Cili kering – gunting 
  • 2 atau 3 Daun kari 
  • Halba campur 



3. Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau atau jadi layu.



4.  5. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air. 


5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.



6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah. Kacau semua bagi sebati. 


7. Masukkan ½ cawan air dan taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih. Ini pilihan, kalau tak ada pun tak apa. 



10. Perasakan dengan sedikit garam mengikut tahap kemasinan masing-masing dan taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.


Sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba! -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 15-1-2022 02:29 PM
Sedap ni
Quote farhana008 15-1-2022 10:25 PM
Memang sedap sebab dah pernah buat.hehe.
Quote keane.somewhere 16-1-2022 03:01 AM
Cam bagus untuk diet...
Quote dilaOHdila 16-1-2022 07:30 PM
kubis goreng mamak tu mmg sedap
saya selalu ikut Mayah TIKTOK resepi tu
Quote my_irina 17-1-2022 11:32 AM
dilaOHdila replied at 16-1-2022 07:30 PM
kubis goreng mamak tu mmg sedap
saya selalu ikut Mayah TIKTOK resepi tu

mayahkitchen tu kelakar gak kan
suke dgr celoteh dia dlm TikTok
Quote Kyouya 22-1-2022 02:35 PM
memang sedap resepi ni
Quote elzy 24-1-2022 03:21 PM
boleh cuba, simple..
Quote BunyiMeow 10-3-2022 11:50 AM
Nanti boleh try
Quote Pdibasic 12-3-2022 09:47 PM
Tq resepi. Boleh cuba

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.281825 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top