CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kim Jong Un Tak Peduli Dikecam Lancar Peluru Berpandu Balistik, Mahu Cabar AS

13-1-2022 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1160| Komen: 0

Description: Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mahu pasukan tentera strategik negara ditingkatkan selepas menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik di negara itu, kelmarin.
Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mahu pasukan tentera strategik negara ditingkatkan selepas menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik di negara itu, kelmarin.


Lapor Reuters, peluru berpandu balistik itu dilancarkan buat kali pertama selepas tempoh dua tahun lalu.

Pelancaran itu juga merupakan kali pertama sejak Mac 2020, Jong Un menyaksikan ujian tersebut.

Pelancaran itu juga menjadi tajuk muka depan akhbar Rodong Sinmun di Korea Utara yang turut menyiarkan gambar Jong Un.


Foto: Agensi

Selepas menyaksikan sendiri ujian itu, Jong Un menggesa saintis tentera ‘mempercepatkan lagi usaha membina pertahanan tentera strategik negara secara berterusan daripada segi kualiti dan kuantiti serta menambah baik aspek ketenteraan.

Selasa lalu, Korea Selatan dan Jepun berjaya mengesan pelancaran peluru berpandu balistik itu sehingga menimbulkan kecaman oleh pihak berkuasa di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menzahirkan kebimbangan mengenai pelancaran tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berisiko Korea yang memantau Korea Utara, Chad O’Carroll berkata, perkembangan itu menunjukkan Jong Un tidak bimbang dikaitkan secara peribadi dengan ujian teknologi baharu tersebut serta tidak peduli bagaimana Amerika Syarikat melihat perkara itu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.188460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top