CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azam Baki Tidak Akan Berundur, "Hanya Agong Boleh Tamatkan Perkhidmatan Saya" -

13-1-2022 07:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3193| Komen: 40

Kuala Lumpur: Tan Sri Azam Baki menegaskan hari ini beliau tidak akan akur dengan desakan mana-mana pihak untuk beliau melepaskan jawatan susulan kontroversi yang melanda dirinya.


Sebaliknya, kata beliau, hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan Sinar Harian, Azam meminta semua pihak untuk bersabar kerana menurutnya, kebenaran akan terserlah akhirnya.


Foto: Google

“Saya tegas dan tetap dengan pendirian teguh saya untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuk saya berundur.


“Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugas saya, iaitu Yang di-Pertuan Agong.

"Selain daripada itu, saya tidak mahu ambil peduli dengan apa jua tuntutan yang mahu diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Azam menjelaskan, beliau telah ‘menyerahkan diri’ kepada jawatankuasa-jawatankuasa SPRM untuk siasatan dan beliau percaya satu hari nanti semua orang akan tahu kebenarannya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat bersabar terlebih dahulu bagi mengetahui kebenaran satu hari nanti.

"Satu hari nanti pada waktu ketika yang sesuai, semua orang akan tahu juga kebenarannya," katanya.

Sementara itu, Azam turut menegaskan beliau telah mengikuti segala protokol ditetapkan dan melakukan apa yang sepatutnya.

Katanya, beliau tidak pernah sama sekali merayu kepada mana-mana pihak atau parti politik untuk memihak kepadanya berhubung dakwaan pemilikan saham yang dihadapinya ketika ini.

Sebaliknya, tegasnya, beliau sendiri akan menunjukkan kebenaran apabila tiba masa dan ketika yang sesuai.

Katanya, sebagai Ketua Pesuruhjaya, beliau tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mana-mana pihak yang mempunyai agenda politik tertentu.

"Perkara pertama yang perlu saya beri keutamaan adalah memberi maklum balas kepada ahli lembaga penasihat SPRM.

"Mereka adalah orang yang perlu saya hormati dan perlu mengetahui perkara ini terlebih dahulu," katanya.

Nama Azam sejak seminggu lalu diheret kontroversi berikutan dakwaan beliau memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2016.

Bagaimanapun, pada satu sidang media khas, Azam menafikan sebarang salah laku dan mengatakan adiknya menggunakan akaun sistem depositori pusat (CDS) miliknya untuk memperoleh saham itu. -CARI

Sumber: Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 13-1-2022 08:05 AM
I menahan diri dari menaip komen yg boleh membahayakan diri sendiri
Quote saviour_09 13-1-2022 08:09 AM
jd pm mail pun tak boleh suruh ko resign la kheennn?

ydpa only giteeww

kurlas ko zam

ada letteewww
Quote BartholomewKuma 13-1-2022 08:24 AM
Aku tengok muka pun dok rasa nampak ada muka kaki songlap. Tak tau hampa tengok lagu mana. Aku tak buleh nak berhusnuzon dah dengan ayaq muka dia ni
Quote Kitty_catz 13-1-2022 08:36 AM
ambooiii sombongnyaaaa
Quote akies 13-1-2022 09:40 AM
Muka tk tau malu!
Quote LoveSungmin 13-1-2022 10:08 AM
muka tampal kulit b*bi ke ni? sungguh tak reti malu
Quote stingeritters 13-1-2022 10:19 AM
BartholomewKuma replied at 13-1-2022 08:24 AM
Aku tengok muka pun dok rasa nampak ada muka kaki songlap. Tak tau hampa tengok lagu mana. Aku tak b ...

Sekilas pandang ada iras iras bampatah penghafal surah al mulk kita iteww kheunz? Perhaps  style rambut?

Takkheun la kalau ada iras bampatah ada ciri songlap..

Dahsyat ko...







Kahkahkahkahkah
Quote tripleid 13-1-2022 10:21 AM
Edited by tripleid at 13-1-2022 04:22 PM

Drpd dulu pembekap tegar bossku rupanya..patutla liat sgt mail nak pecat dia ni






Quote eLiaD 13-1-2022 10:36 AM

fun facts:
bini :
hoi, ni suar dlm sape
suami:
suar dlm bini adik abg dia mnta tolong abg simpan kn dlm beg abg..xkn tu un salah

RiP
Quote stingerprincess 13-1-2022 11:44 AM
noreen sangat perangai. elok dilanggar lori noreen jah biar terus tamat nyawa kau tak payah nak tunggu tamat perkhidmatan bagai kan noreen?
Quote rikiruj 13-1-2022 12:00 PM
Kalau sabit kesalahan habis pencen & gratuiti tak dapat oooo… head of sprm sah2 dah level turus ni. Pencen boleh goyang kaki & jadi chairman & bod… semua tu bye2 kalau sangkut.. tu yang dia lawan habis2an tu..
Quote namr 13-1-2022 12:03 PM
Semoga kena panah petir
Quote imanjannah 13-1-2022 12:03 PM
muka x malu
Quote pu3_rania 13-1-2022 12:16 PM
Dia ni kan lantikan masa YIDDIN jadi PM tapi di nafikan oleh YIDDIN dan dia pi pusing petik nama YDPA dan KSN yang melantik si Azam Baki
Quote swimswim 13-1-2022 03:18 PM
Tebal muka.
Quote Orix 13-1-2022 03:22 PM
xtau malu.... puihhh semoga dikeji seumur hidup...
Quote hyie 13-1-2022 03:23 PM
rahsia kuning pon dalam tangan dia katanya. hikmah bencana banjir di tanah air
Quote kelapaparut 13-1-2022 03:27 PM
hyie replied at 13-1-2022 03:23 PM
rahsia kuning pon dalam tangan dia katanya.  hikmah bencana banjir di tanah air

dia ngugut jagong kaa, tp kalu die berani buat mcm tu kalau kne raja jdt tu mmg nahas la dia
Quote maydanoz 13-1-2022 03:36 PM
nk tau pegang rahsia sapa, tgk word kecuali..tu yg the most vulnerable la kan..betul ka dak

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.263700 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top