Sumber Instagram Natiqah Rahmat Marah dengan tindakan penyanyi rap terkenal Aman Ra yang memfailkan hak penjagaan ke atas dua anak mereka, bekas isterinya iaitu Natiqah Rahmat membuat beberapa hantaran di Instastory meluahkan perasaan yang terpendam. Dia tidak pernah menghalang lelaki itu datang berjumpa dengan anak-anaknya, namun siapa sangka kunjungan berkenaan hanyalah untuk mencukupkan syarat agar dia dapat menuntut hak anak-anak.
"Dulu sibuk tinggalkan anak, tinggalkan bini sebab tengah kemaruk bercinta. Berbulan-bulan tak balik jenguk anak bini. Dari anak menangis dan demam rindukan ayah sampailah mereka terbiasa tiada ayah. "Tiba-tiba buat come back hantar peguam datang rumah kononnya saya susah diajak berbincang. Bila tahu saya pun ada peguam, komited pula cukupkan syarat jenguk anak. "Minta saya janji agar tidak failkan hak penjagaan anak. Saya pun bodoh percaya janji 'hanat' sekor ni. Rupanya jenguk anak tu cuma untuk cukupkan syarat failkan hak penjagaan," katanya. Natiqah pernah mendedahkan keretakan rumah tangga mereka adalah berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Dia menyangka selepas berpisah, hidupnya akan lebih tenang tanpa perlu berhadapan dengan kecurangan suami dan kekasih gelapnya. "Saya cukup lega apabila sudah bercerai. Terlepas semua seksa. Rupanya tak habis lagi dengan dua orang ini. Busuk hati. Oi! Pergi buat anak sendirilah. Senang sangat hidup nak ambil ready made. "Saya dikatakan tidak layak jadi ibu kerana free hair. Betina sundal kau yang tercabut tudung sekarang adakah layak angkut anak ke hulu ke hilir seolah-olah dia yang bangun pagi susukan anak dan berjaga malam sebab anak sakit. Macam dia yang hadap anak sedih masa dia sibuk berkepit dengan ayah mereka," katanya. |
whimsicalmusic replied at 12-1-2022 06:22 PM
Bgtao la nama ig betina tu iolls nk skodeng jgk
hareeeesah: Tak side mana-mana sbb x follo ...
kechikchomel replied at 12-1-2022 08:30 PM
Kalau ikut benang dulu² dorg speku adik beradik 'chef' anis nabila
whimsicalmusic replied at 12-1-2022 06:22 PM
Bgtao la nama ig betina tu iolls nk skodeng jgk
kechikchomel replied at 12-1-2022 08:30 PM
Kalau ikut benang dulu² dorg speku adik beradik 'chef' anis nabila
whimsicalmusic replied at 12-1-2022 06:22 AM
Bgtao la nama ig betina tu iolls nk skodeng jgk
makcun14 replied at 12-1-2022 11:01 PM
I try tepek ni. Mari la skodeng ig amira_hani sebelum ditukar private
ADVERTISEMENT