CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Merenung Ke Langit, Tok Ram Sebak Hayati Persembahan Aliff Aziz?

12-1-2022 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6500| Komen: 32

Description: Biarpun tidak menduduki tangga teratas dalam konsert suku akhir Gegar Vaganza 8 (GV8), namun persembahan penyanyi Aliff Aziz mendendangkan lagu asal Nastia berjudul Rapuh mendapat pujian ramai.
Biarpun tidak menduduki tangga teratas dalam konsert suku akhir Gegar Vaganza 8 (GV8), namun persembahan penyanyi Aliff Aziz mendendangkan lagu asal Nastia berjudul Rapuh mendapat pujian ramai.


Bertemakan runut bunyi drama, filem atau loghat negeri, persembahan Aliff yang mendapat markah 76.80% di belakang Suki Low berjaya membuatkan Hetty Koes Endang yang juga salah seorang juri tetap program realiti itu bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya.


Kredit foto: IG Aliff

Malah, lensa kamera juga berjaya merakamkan wajah juri, Datuk Ramli MS seolah-olah kelihatan sebak dan menghayati nyanyian tersebut sekaligus mencuri perhatian warganet.


Menurut Aliff, dia terharu dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya selama ini. Kongsinya lagi, lagu tersebut disifatkan sebagai begitu bermakna terutama menceritakan perjalanan seninya selama ini.

“Sebagai seorang penyanyi yang selalu kena cari apa yang perlu diperbaki, saya akan tetap analisa kembali persembahan-persembahan sebelum ini. Lagu ini penuh dengan emosi, bila saya baca liriknya ia begitu bermakna kepada tunjang belakang saya, iaitu isteri, anak-anak, ibu, ayah dan keluarga yang ada dengan saya sewaktu awal hingga sekarang.

“Jadi masa persembahan, saya berikan segala emosi dan saya berharap semua orang akan turut merasainya dan terhibur,” katanya kepada Murai.my


Kredit foto: YouTube

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf sekiranya persembahannya itu telah membuatkan segelintir peminat berasa emosi. Dedahnya lagi, sebelum memulakan persembahan dia telah berdoa agar persembahannya dipermudahkan sebaik-baiknya.

“Saya minta maaf dan hilang kata-kata sekiranya persembahan itu telah membuatkan anda sedih. Sebelum menaiki pentas, saya berdoa ‘ Ya Allah, tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Kau, maka izinkanlah aku buat yang terbaik’. Kalau betul Tok Ram ada berasa begitu(sebak), Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan menghargainya,” katanya.




Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinchan78 12-1-2022 06:15 PM
Herloknya Aliff Aziz nih..  pakai outfit apa pun mmg kna dgn body heols yg sasa tu
Quote Orix 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap
Quote September14 12-1-2022 06:26 PM
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...

Mata iol tgk alif lg ensem n ada aura
Quote chinchan78 12-1-2022 06:42 PM
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...

Bab suara x iolss x leh komen tp bab rupa n body aliff lebih ok drpd hady
Quote Orix 12-1-2022 06:43 PM
chinchan78 replied at 12-1-2022 06:42 PM
Bab suara x iolss x leh komen tp bab rupa n body aliff lebih ok drpd hady

hady punya dada lg bidang dari aliff
Quote Fazsemput 12-1-2022 10:29 PM
Yg ni I pun stuju.. Tapi muke alif helok lagi.. Muka hady.. Walaupun hensem.. Ada bayang2 boyan ckit...
Quote Carcosa 12-1-2022 11:43 PM
Lazatnya Aliff ni
Quote alieyrina 12-1-2022 11:54 PM
Aku minat nastia..haahaa
malas nak komen alip mengenangkan bininya yg bimbo
Quote ..maksu 13-1-2022 05:47 AM
susah nya lagu alep minggu ke8 ni. lower note all the way song. dalam malaysia ni hanya ada sorang je laki yg bawak lower note tanpa fail iaitu hafiz suip. lagi susah dari lower note terus high note tanpa glitch pulak tu. PERRRRRFECT!
Quote KirazMevsimi 13-1-2022 06:27 AM
semmm segakkk
Quote zamzam 13-1-2022 07:36 AM
September14 replied at 12-1-2022 06:26 PM
Mata iol tgk alif lg ensem n ada aura

Betul. Aku tak pernah minat aliff sebelum ni. Tp lepas tgk 2nd week eh boleh pulak tersuka dan terus terminat. Dgn elok rupa sedap suara bass dan kesopanan dan kesusilaan berbicara....haha
Quote stingeritters 13-1-2022 07:43 AM
zamzam replied at 13-1-2022 07:36 AM
Betul. Aku tak pernah minat aliff sebelum ni. Tp lepas tgk 2nd week eh boleh pulak tersuka dan ter ...

[youtube]8ZVRqFgSq_k[/youtube]

Yg ini you tak stim keww sis?

amira adlina dan I lecak you...

Aummmmmm


Quote redz85 13-1-2022 07:52 AM
lagu padi yang dia nyanyi tu paling best..
Quote missbigrockstar 13-1-2022 07:53 AM
Kebetulan tokram mendongak mengelamun je kot dan kamera tertangkap saat itu terus semua speku kata dia sebak
Quote bulalof 13-1-2022 08:02 AM
org tua, mcm2 la difikirkannya....
Quote ira_229 13-1-2022 08:29 AM
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...

Depend la sis! peringkat umur berapa? Hady Mirza masa umur sebaya Aliff sekarang dlm umur 20 hingga 30an dia memang hensem giler..klu taufik version sexy Hady pula sweet..orang masa tu suka bandingkan mereka berdua..sekarang time Aliff mendunia..yes bagi i Hady punya suara lunak n luas...Aliff pula suara husky dia mahal..
Quote ira_229 13-1-2022 08:32 AM
zamzam replied at 13-1-2022 07:36 AM
Betul. Aku tak pernah minat aliff sebelum ni. Tp lepas tgk 2nd week eh boleh pulak tersuka dan ter ...

Sama..dia punya PR tu mahal..i think Aliff ni walaupun hari tu tersesat mungkin dia seorang yg softspoken sbb tu ramai mina birah cair dgn dia
Quote miss_strangers 13-1-2022 08:33 AM
Orix replied at 12-1-2022 06:22 PM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...

Dari segi rupa, iols prefer aliff lagi tapi dari suara mmg hady mirZa lagi sedap.
Quote silampumeja 13-1-2022 08:35 AM
Orix replied at 12-1-2022 10:22 AM
iols je ke rasa hady mirza bertiang lg nsem dari aliff ni ? n suara hady mirza pun bertiang lg sedap ...

Rindu hady plak .. masa pergi singapore time hady masuk gv dulu, berkobar betul semngat pakcik2 sg nak hardy menang... Nasib memang memang

Alif ni memang tak nafi ada rupa ada badan elok....semoga kelak2 lah dlm kebaikan...jangan terlalu tnjuk diri berubah smpai boleh lupa diri....galak terlebih... Mcm ai pnegacara tu...last2 benda basic aurat lelaki pun failed.... Sederhana pun cukuplah.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.292821 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top