CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesalah Gangguan Seksual Pertama Di Arab Saudi Dimalukan Di Khalayak Ramai

12-1-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1596| Komen: 0

Mahkamah Arab Saudi buat pertama kalinya memerintahkan lelaki yang disabitkan dengan gangguan seksual dinamakan dan dimalukan di khalayak ramai, lapor media tempatan yang dipetik dari BBC.


Mahkamah Jenayah di Madinah mendapati Yasser al-Arawi bersalah kerana mengganggu seorang wanita menggunakan kata-kata lucah.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda sebanyak AS$1,330 (RM5,564).


Gambar hiasan

Undang-undang antigangguan telah dipinda setahun lalu bagi membolehkan nama dan hukuman pesalah disiarkan di akhbar tempatan atas perbelanjaan mereka sendiri.


Hakim dibenarkan untuk memutuskan ‘graviti jenayah dan impak kepada masyarakat’ dalam melaksanakan hukuman berkenaan.

Hukuman mahkamah itu disambut baik oleh orang ramai yang menyifatkan hukuman berkenaan ‘sudah lama tertangguh’.

Undang-undang itu sebenarnya sudah berkuat kuasa sejak tahun 2018.

Ia menetapkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga AS$27,000 bagi mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan gangguan seksual.

Pesalah berulang berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga AS$80,000.

Di sebalik penguatkuasaan undang-undang ini, beberapa wanita Arab Saudi masih mengadu pihak berkuasa tidak melakukan tindakan cukup untuk menghentikan gangguan.

Seorang individu baru-baru ini memberitahu BBC menerusi komen dalam talian pada video yang disiarkan bahawa kaum wanita sering dipersalahkan kerana diganggu dan mangsa berkemungkinan besar akan dihukum sebagai pelaku. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.096745 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top