|
Penyanyi nombor satu negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza memenuhi permintaan anak sulungnya, Siti Aafiyah agar memilih tema Barbie pada majlis sambutan ulang tahun ke-43 yang diraikan semalam. Selebriti yang mesra disapa sebagai Tokti itu tampil manis dengan pakaian dan tudung merah jambu dilengkapi dengan aksesori mahkota. Majlis sambutan harijadi berkonsepkan minum petang itu diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.
|
mrsamz replied at 12-1-2022 01:06 PM
Sembab betul muka siti..ada apa2 ke
ADVERTISEMENT