CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Scha Alyahya Takut Nak Kerja Dengan Ellie Suriaty

12-1-2022 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2174| Komen: 3

Description: Melakonkan watak pengawai penyiasat bernama Karmila dalam filem terbaharu arahan sutradara, Osman Ali berjudul, Telaga Suriram, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya memaklumkan dia berasa takut untuk b ...
Melakonkan watak pengawai penyiasat bernama Karmila dalam filem terbaharu arahan sutradara, Osman Ali berjudul, Telaga Suriram, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya memaklumkan dia berasa takut untuk bekerja dengan seseorang dalam karya berkenaan.


Scha atau nama lengkapnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, berkata, dia berasa sedikit gentar berada di bawah pengawasan Ellie Suriaty yang ditugaskan sebagai acting coach (guru lakonan) filem terbabit.


Foto: IG

“Dengan Kak Ellie, saya tak nafikan saya akan takut dengan dia. Saya takut disebabkan itu, akan ada limitasi untuk belajar dengan dia sebab terlalu takut dengan dia,” katanya ketika ditemui media semalam.


Disebabkan itu, Scha turut mengambil inisiatif sendiri dengan mengikuti kelas lakonan di luar iaitu bersama Norzizi Zulkifli.

“Saya memilih Kak Zizi sebab pertama sekali, latar belakang dia. Juga, tak tahulah, saya rasa sangat dekat dengan dia. Karakter dia lebih kurang saya.

“Dia seseorang yang relaks, ‘rough’ dan ‘tough’ dan saya rasa senang untuk saya belajar dengannya tanpa perlu rasa macam, ‘takutnya cikgu ini’,” katanya lagi.



Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, pada mulanya, dia ada memikirkan beberapa nama guru lakonan lain seperti Vanidah Imran dan Ogy Ahmad Daud namun nama-nama yang disebutkan mempunyai jadual kerja yang sangat padat.

“Kak Vanidah yang sarankan Kak Zizi kepada saya. Kak Ogy pula, sebelum tanya dia, saya rasa dia dah di tempat lain dah,” ujarnya.


Selain Scha, Telaga Suriram yang memulakan penggambaran selama 45 hari bermula Januari ini turut dibarisi pelakon handalan lain seperti Maya Karin, Nabila Huda dan Farid Kamil.

Filem ke-17 Osman Ali tersebut adalah filem sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 12-1-2022 04:17 PM
Geram nye anak die yg bby tu. Comey sunggoh
Quote Suchi 12-1-2022 06:53 PM
Nak takut apa dia kan dah vaksin
Quote cmf_premierleag 12-1-2022 06:55 PM
keje je la scha
laki hang tu ada job ke skang ni? kang sapo nk bayar rumah baru tu bagai

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042563 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top