CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Tak Ada Niat Menunjuk-Nunjuk Pakai Kasut Mahal -"Nanti Mati Semua Kita Tinggalkan"

12-1-2022 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2838| Komen: 13

“Saya dah beli lama kasut ini sekitar empat tahun lepas, tak sangka sekarang harga dia dekat RM12,000.”

Demikian komen daripada pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad yang mencuri perhatian netizen apabila menggayakan kasut berjenama, Air Jordan 1 Retro High OG Chicago pada konsert suku akhir Gegar Vaganza kelapan (GV8) hujung minggu lalu.


Kata Nabil, 38, waktu dibeli, kasut berkenaan harganya hanya sekitar AS$500 (RM2096) dan dia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya.



“Saya tak tahu pun kasut yang saya pakai menjadi cakap-cakap orang dalam media sosial dan saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk apa yang saya pakai.


“Kebetulan awak telefon baru saya tahu orang sibuk bercakap tentang kasut yang saya gayakan. Dah lama beli sebenarnya kasut berstatus ‘Hypebeast’ ini. Dulu beli murah je tiadalah sampai harga berbelas ribu,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Seloroh Nabil, isterinya, Nazirah Ayub, selalu menasihatkan dirinya agar berjimat cermat dalam berbelanja.



“Kalau isteri tahu saya beli kasut sampai harga berbelas ribu, nahas saya (ketawa). Dia akan cakap, daipada habis duit beli kasut mahal baik habiskan duit beli tas tangan untuk dia.

“Inilah nasib seorang suami tapi yang penting saya memang tiada niat nak menunjuk-nunjuk kasut mahal atau apa sekalipun. Kebetulan kasut ‘kena’ dengan sut yang saya gayakan (malam itu), saya pun pakai sahaja. Tak sangka jadi buat mulut netizen,” katanya.

Nasihat Nabil, tidak kira apa pakaikan atau segala perhiasan yang digayakan, semua ini hanya sementara dan janganlah bersifat taksub dengan jenama mewah.



“Nanti kita mati, semua kita tinggalkan. Isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kasut barangan mewah. Semua ini sementara sahaja dan janganlah diagung-agungkan.

“Jumpa Allah nanti kita bawa iman dan amal untuk dihitung. Allah tak tengok kita pakai baju atau kasut jenama apa. Mungkin kedengaran klise orang dengar ini keluar dari bibir saya tapi itulah realiti sebenarnya,” ujarnya.



Terdahulu, netizen pantas melakukan siasatan mencari harga pasaran kasut yang digayakan bapa kepada tiga cahaya mata itu di pentas GV8.

Perkongsian seorang pengguna Twitter @HarmanHarison menjadi bualan apabila mendedahkan kasut berkenaan dianggarkan berharga RM11,919.

“Patutlah aku perati kasut Nabil kat #gegarvaganza2021 ni cantik semacam je. Rupanya harga RM11,919.85 (AS$ 2833),” ciapnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jibams 12-1-2022 08:23 AM
elok la tu.. bukan mcm acik diva poyo tu.. pi Mekah pun sibuk tayang emas sebesar alam..
Quote mzzenma 12-1-2022 08:37 AM
ok lah tu...memang sejenis berduit pun. Satu episod gv tu dah berapa payment dia. Belum lagi job2 lain.

Kawan meolls yg marhaen pun hari2 duk tayang airmax dia..tapi satu tu je lah dia duk tayang
Quote nakkomenjugak 12-1-2022 08:51 AM
tuah seorang nabil
dari mat despatch to fame
dari bini langsung tak pandang heol, dah kaya baru berkali2 pandang
kalau dulu mungkin pakai jordan bundle sekarang boleh beli the real deal
okayy la tu


bila lagi turn iol ni??? lord i seen what you done for others

Quote kucingitam 12-1-2022 09:07 AM
takde salah pun...sebab ko pakai live on air je org sibuk jaga hal kau.. padahal biasa je pun mcm kita2 beli kasut mahal bawa gi travel, kenduri..hitam naw ati org yang kata kau menunjuk tu, bil.
Quote babelina 12-1-2022 09:10 AM
btl apa yg dia ckp tu.. akhirnya semua tgl.. kita je la bw diri nanti bila mati..
Quote stingeritters 12-1-2022 09:15 AM
2 bulan  Gaji  M40....lu pakai kat kaki ...

Caya la nabil...

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Quote haruslah 12-1-2022 09:16 AM
Pakai je la sbb mampu
Org lain gaji 3k pun pakai kasut ratus2
Bahagia cara masing2
Asal x susahkan org lain dah la
Ada org bahagia kasut 200...ade bahagia kasut 12k

Tp kalau nabil nye kasut 12k
Mesti besar payment dia kan....
Quote dudaberhias 12-1-2022 10:22 AM
takde la menunjuk2 pun... sesuai apa kasut tu untuk malam tu...
lain la misai kontot... gigih berkasut jenama sama dengan hermes belt bagai tapi tetap kepam dan muka poyo serta busuk

nampak muka dia keluar je rasa nak humban tv kot tingkap
Quote jgfjhdjhg 12-1-2022 10:32 AM
nasib baik tak tunjuk AJ1 aku
kang ada kata nak menunjuk
Quote suka2 12-1-2022 10:51 AM
Kalau dah mampu pakai sajalah asalkan kena dgn poket. Lain la kalau kau penerima brim tegar hari2 memekak nak bantuan bakul makanan bantuan laptop anak tup2 pakai kasut rm11k mmg tak cukup tanah acik porom nak cerca.
Quote chandrahusin 12-1-2022 10:59 AM
tuah org baik pd Mak
Nabil pun sejenis baik dgn Mak
siap beli tanah kat Rembau
buat rumah Mak dia sebijik bagak
Quote Adrif 12-1-2022 11:41 AM
aku beli kasut kerja, tak sampai RM100 pun

besok nak pakai, aik dah takde?

rupanya bapak aku pegi bantai pakai buat kerja kebun  
ape ni bapak, pakai kasut kulit redah selut, lumpur, tanah  

orang tua punya jeles.
kita beli buat pergi kerja. dia nak jugak. padahal dah pencen  
Quote MakareyumSuciey 12-1-2022 12:12 PM
jibams replied at 12-1-2022 08:23 AM
elok la tu.. bukan mcm acik diva poyo tu.. pi Mekah pun sibuk tayang emas sebesar alam..

Kalau poyo tak layak bergelar Diva uols....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039967 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top