CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan Runtuh, Orang Kampung Di Jelebu Usung Jenazah Rentas Sungai Untuk Ke Kubur

12-1-2022 07:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 922| Komen: 1

Jelebu – Penduduk di Kampung Sungai Rotan, Jelebu di sini terpaksa mengusung jenazah merentasi sungai selepas satu-satunya jambatan alternatif yang menghubungkan lokasi berkenaan terputus sejak bencana banjir yang lalu.


Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias di laman Facebook rasminya, hari ini.

Menurut Jalaluddin, sebelum ini, jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan.


Foto: Kosmo

“Pada bulan Mei tahun lalu, jambatan yang pertama telah runtuh akibat dilalui lori yang lebih muatan.


“Sejak jambatan itu runtuh, permohonan untuk jambatan dibina semula kepada kerajaan negeri telah dilakukan.

“Saya dapat maklumat sudah terdapat kontraktor yang dilantik untuk bina semula jambatan itu, namun sehingga ke saat ini tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan,” kongsinya.

Jelas beliau, keadaan ketika itu tidak terlalu mendesak kerana terdapat satu lagi jambatan alternatif yang merentasi sungai untuk ke tanah perkuburan tersebut.

“Tapi Allah itu Maha Besar. Perancangannya lebih baik daripada perancangan manusia. Ditakdirkan Tuhan, jambatan alternatif itu juga telah runtuh akibat bencana banjir tempoh hari.

“Dan ini adalah kes kematian pertama yang terpaksa dikebumikan di tanah perkuburan tersebut setelah ketiadaan kedua-dua jambatan perhubungan itu,” kongsinya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 12-1-2022 10:35 AM

Jelebu – Penduduk di Kampung Sungai Rotan, Jelebu di sini terpaksa mengusung jenazah merentasi sungai selepas satu-satunya jambatan alternatif yang menghubungkan lokasi berkenaan terputus sejak bencana banjir yang lalu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.977898 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top