Sama tapi tak serupa. Begitulah gambaran mengenai bekas pramugara ini yang dikatakan memiliki wajah iras usahawan kosmetik, Nur Sajat.
Menurut Jerry Nelson John, 31, dari Sabah, teguran mengenai persamaan itu makin menjadi-jadi selepas dia menyimpan rambut panjang, sejak tahun lalu. "Dulu ada kawan yang tegur, mereka kata wajah saya macam Sajat. Kemudian bila saya dah tak bekerja sebagai pramugara, saya mula simpan rambut panjang. Makin ramai orang samakan wajah kami.
"Sudah banyak kali berlaku, bila pergi ke kedai makan, pelayan kedai pun tegur benda sama. Bila panggil untuk ambil order, mereka sapa saya dengan gelaran kakak. Dua tiga kali dia pandang. "Teguran mengenai persamaan wajah saya dan Sajat makin menjadi-jadi selepas simpan rambut. Kebetulan saya warnakan dengan warna perang. Lebih kurang sama dengan rambut Sajat. "Tapi saya jenis yang positif. Saya tak ambil hati dengan benda macam tu. Kita pun tahu Sajat cantik orangnya," ujar jejaka etnik Kadazan itu.
Baru-baru ini, dia yang senang disapa Jerry turut menghasilkan video miming menggunakan suara Sajat sehingga tular di aplikasi TikTok. Malah, ramai netizen turut membanjiri posting itu dengan komen yang memperkatakan hal sama. "Macam-macam komen yang saya terima. Ada yang kata seiras Sajat, ada yang kata hanya 50 peratus macam Sajat. Tapi Alhamdulillah setakat ini, belum ada komen negatif atau benda-benda yang menyakitkan hati. "Kalau ada sekali pun, saya tak akan hiraukan. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Jenis saya, saya tak ambil kisah. Orang bukan tahu apa yang kita rasa. Bukan mereka bayar bil kita," ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Jerry merupakan salah seorang pramugara yang terkesan dengan pandemik Covid-19.. Berkhidmat lapan tahun di awan biru, kerjaya Jerry bagaimanapun berakhir pada Oktober 2020, sekali gus memaksa dia mencari alternatif lain dalam menyara kehidupan. "Disebabkan Malaysia dilanda pandemik, banyak syarikat mengurangkan pekerja. Saya juga turut terkesan. Awal tu bila tahu diberhentikan, saya memang sedih. Kemudian saya ambil masa dalam sebulan untuk berehat. "Selepas itu saya mula jual laksa Sarawak. Saya buat secara try and error saja. Bila kawan kata boleh 'jalan' terus saya jual kepada orang ramai. "Setiap kali buat laksa, mesti sold out. Namun pandemik makin teruk, kilang yang buat pes laksa Sarawak tu tak dapat proses untuk saya. Sangkut di situ, tapi sampai sekarang, pelanggan masih mesej dan cari laksa jualan saya," ujarnya. Enggan berputus asa, Jerry kemudiannya tampil dengan produk makanan tambahan pula sejak pertengahan Oktober 2021 demi mencari rezeki buat keluarganya. "Produk ini masih baharu. Tiada siapa yang kenal. Saya buat produk suplemen. Mujurlah ketika jadi pramugara pun, kita memang ada aktiviti menjual dalam pesawat. "Jadi, saya gunakan kemahiran itu dalam bisnes yang saya lakukan sekarang. Cuma suasananya berbeza. Dulu kita berhadapan dengan penumpang, sekarang banyak komunikasi dalam telefon dengan pelanggan. "Kalau ada rezeki, saya nak luaskan lagi bisnes ini sehingga ke Brunei dan Indonesia. Tapi ia terlalu besar untuk saya capai setakat ini. "Saya bersyukur dengan rezeki yang ada. Cukup untuk bantu mak ayah yang tak bekerja di Sabah," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|