Isu pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih lagi hangat diperkatakan apabila ada sesetengah pihak mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran tersebut untuk kali ketiga menerusi i-Citra.
Mereka mendakwa, pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one-off itu mampu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan baru-baru ini di samping kesan daripada Covid-19. Desakan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasakan pengeluaran KWSP tidak perlu kerana Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah pun memadai untuk membantu mereka yang terkesan dengan bencana alam. Memang benar wang daripada KWSP itu adalah milik rakyat, namun mereka seharusnya berfikir panjang, malah menilai sebaiknya keputusan yang ingin dibuat. Seperti yang kita sedia maklum, KWSP ditubuhkan pada tahun 1951 sebagai simpanan hari tua pekerja negara. Namun, buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan telah mengadakan program pengeluaran khas i-Lestari pada tahun 2020 sebagai usaha membantu ahli KWSP mengatasi kesan Covid-19 ke atas ekonomi. Ia kemudiannya disusuli dengan i-Sinar dan i-Citra. Justeru, seusai pelaksanaan ketiga-tiga program ini, berapakah simpanan kita yang masih berbaki di KWSP? Inilah hakikat yang begitu pahit untuk kita telan. -CARI Sumber: Sinar Harian
|
zacks replied at 11-1-2022 10:38 AM
Hari tu aku ada usulkan kat kerajaan suruh buat KWSP TIERED DIVIDEND. Pencarum yg kaya raya ada simp ...
zacks replied at 11-1-2022 10:38 AM
Hari tu aku ada usulkan kat kerajaan suruh buat KWSP TIERED DIVIDEND. Pencarum yg kaya raya ada simp ...
ADVERTISEMENT