CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sorok Duit Dalam Tangki Air, Pegawai Cukai Terpaksa Keringkan Lebih RM500 Ribu Guna Seterika

11-1-2022 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1575| Komen: 8

Description: Jabatan Cukai Pendapatan India menyerbu rumah serta aset milik ahli perniagaan arak Shankar Rai dan keluarganya di Damoh pada Jumaat.
Jabatan Cukai Pendapatan India menyerbu rumah serta aset milik ahli perniagaan arak Shankar Rai dan keluarganya di Damoh pada Jumaat.

Dalam serbuan tersebut, jabatan berkenaan merampas wang tunai berjumlah Rs 8 crore (RM4.6 juta) dan 3 kilogram (kg) emas.

Menariknya, sejumlah wang tunai Rs 1 crore (RM567,469) ditemui disembunyikan di dalam beg yang disimpan di dalam tangki air bawah tanah.

Sebuah video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan pegawai jabatan berkenaan mengeringkan not wang kertas dengan menggunakan seterika dan pengering rambut.


Foto: India.com


Serbuan bermula pukul 6 pagi, Khamis berterusan selama 39 jam.

Pegawai Cukai menyerbu lebih daripada sepuluh aset milik keluarga Shankar Rai.

"Selain perniagaan arak, keluarga Rai juga mempunyai perniagaan pinjaman wang, perniagaan bidang pengangkutan, hotel, bar dan pam petrol," kata Pesuruhjaya Jabatan Cukai Pendapatan, Munmum Sharma yang mengetuai serbuan berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 11-1-2022 08:59 AM
Dalam WhatsApp ada bertebaran video ajk surat keringkan duit derma guna tumble dryer. Naper wartawan Cari tak cover cerita tu ja. Nak gak cari kuman seberang laut.
Quote krustykrab 11-1-2022 09:00 AM
Decaffeinated replied at 11-1-2022 08:59 AM
Dalam WhatsApp ada bertebaran video ajk surat keringkan duit derma guna tumble dryer. Naper wartawan ...

Tak faham la..ajk surat mana tu?
Quote kakigebang 11-1-2022 11:15 AM
aku ingat cerita kat tanah melayu tadi,memandangkan pegawai kerajaan tanah melayu pun mcm prangai tamilnaidu da
Quote pasa 11-1-2022 11:17 AM
krustykrab replied at 11-1-2022 09:00 AM
Tak faham la..ajk surat mana tu?

ajk PH la tu
Quote Decaffeinated 11-1-2022 04:52 PM
krustykrab replied at 11-1-2022 09:00 AM
Tak faham la..ajk surat mana tu?

ajk surau


Quote Decaffeinated 11-1-2022 04:55 PM

apa kaitan?





Quote Rockafella 11-1-2022 04:58 PM
Menariknya, sejumlah wang tunai Rs 1 crore (RM567,469) ditemui disembunyikan di dalam beg yang disimpan di dalam tangki air bawah tanah.
Sampai ke situ diorang cari. Mantap
Quote Artemesiaa 11-1-2022 05:43 PM
Jenuh nak kena keringkan selai2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048472 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top