Dituduh nyanyian ‘pancit’ dan tidak layak ke separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Shidee tidak terasa hati dengan komen negatif usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.
Sebagai penyanyi berpengalaman, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, menganggap komen berkenaan hanyalah pendapat peribadi seseorang. "Itu pendapat dari hati dia. Saya tidak marah dan tidak ada sebarang masalah. "Saya terima dengan hati terbuka kerana saya sendiri tidak tahu kedudukan saya selepas ini. Mungkin saya akan tersingkir pada peringkat separuh akhir," ujarnya kepada mStar.
Pada peringkat suku akhir GV8 yang berlangsung pada malam Ahad menyaksikan kumpulan Sa. Ya yang dianggotai Saiful dan Yassin tersingkir. Manakala Shidee pula di kedudukan kedua tercorot. Pada malam Ahad, Vida mempersoalkan kenapa kumpulan Sa. Ya disingkirkan sedangkan Shidee memberi persembahan yang lebih teruk pada malam Ahad. Sementara itu, Shidee juga memberitahu dia tidak pernah ambil pusing jika ada yang memberi kritikan dan komen negatif kepada dirinya melalui media sosial. Bagi penyanyi lagu Semuanya Sudah Terlambat ini, setiap orang mempunyai pendapat sendiri, namun hanya Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang. "Saya tak bimbang sedikit pun dengan kritikan netizen. Hentamlah saya. Apa yang boleh saya buat hanyalah tersenyum sahaja. "Allah lebih tahu apa yang terjadi kepada diri kita nanti. Itu adalah pegangan saya," ujarnya. Dalam pada itu, Shidee memberitahu dia bukanlah seorang yang aktif di media sosial. Katanya, dia lebih senang untuk memberi fokus kepada kehidupan harian seperti bersama keluarga, memenuhi undangan nyanyian dan aktiviti surau. "Sekarang ini apa yang saya tahu, saya hanya perlu menyanyi sahaja. Tak pernah fikir pun nak jadi popular kembali seperti dahulu. "Saya lebih senang dengan apa yang telah saya buat selama ini. Membuat persembahan di sebuah restoran, bersama keluarga dan mengikuti aktiviti di surau," jelasnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
iluma replied at 11-1-2022 08:54 AM
63 tahun dia ni..
anak bongsu dia baby 8 bulan,
iluma replied at 11-1-2022 07:54 AM
63 tahun dia ni..
anak bongsu dia baby 8 bulan,
3chanceno replied at 11-1-2022 09:17 AM
Biar betik baru 8 bulan?masih boleh sara hidup keluarga tu yang gigih ada baby
3chanceno replied at 11-1-2022 09:17 AM
Biar betik baru 8 bulan?masih boleh sara hidup keluarga tu yang gigih ada baby
iluma replied at 11-1-2022 08:54 AM
63 tahun dia ni..
anak bongsu dia baby 8 bulan,
3chanceno replied at 11-1-2022 09:17 AM
Biar betik baru 8 bulan?masih boleh sara hidup keluarga tu yang gigih ada baby
sambaldurian replied at 11-1-2022 12:50 PM
Boleh tahan ak baca citer shidee ni kt beautifulnara, berkenalan dulu dgn mak isteri, tp kawin ana ...
dudaberhias replied at 11-1-2022 05:05 AM
apa yang pancitnya... ok je heols nyanyi... yang nyanyi tak ok tu jutawe nate beruk tersia yang gigi ...
princessmiang replied at 11-1-2022 08:44 AM
At least acik shidee ni sedap la daripada saya... dengan lagu2 acik shidee ada jugak la versatil pel ...
ADVERTISEMENT