CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akhirnya Mengaku, Intan Ladyana Ada Sebab Sorok Kehamilan

10-1-2022 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7125| Komen: 40

Intan Ladyana, 39, meletakkan noktah kepada teka teki usia kehamilannya apabila mengumumkan dia kini mengandung lapan bulan dan dijangka bersalin pada Februari, depan.


Intan atau nama sebenarnya, Intan Ladyana Mohamat Yahya menjelaskan dia tidak berniat untuk menyembunyikan usia dan berita kehamilan itu sebaliknya mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakannya itu.


Foto: IG

"Kami berdua baru hendak bergelar ibu bapa kali pertama, jadi sekadar mengambil langkah berjaga-jaga. Jika terlalu awal diumumkan nanti, sekiranya apa-apa terjadi maka kami juga yang akan sedih.

"Oleh itu, kami mengambil langkah selamat untuk mendiamkan diri terlebih dulu kerana berpendapat isu kehamilan sebagai perkara sensitif.

"Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, kami akan muncul untuk membuat pengumuman apabila bersedia," kata Intan secara langsung dalam program Melodi di TV3, sebentar tadi.



Intan berkata, dia sebenarnya tetap selesa berdiam diri walaupun 'baby bump' tidak mampu disorok lagi. Malah, suaminya juga pelakon dan pengacara, Harris Aliff, 22, turut mengambil pendekatan sama untuk tidak berkongsi perkara itu.

Terdahulu, Harian Metro pernah cuba menghubungi Harris beberapa kali, namun alasan kerja diberikannya dan apabila dihubungi lagi, panggilan serta kiriman mesej tidak berbalas.



"Kami juga belum bersedia untuk mengumumkan jantina kandungan kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, pasti kami akan kongsikan.

"Malah, banyak lagi belum dibeli sebenarnya kerana kami bingung nak memilih ketika kali pertama berkunjung ke kedai menjual barangan bayi. Tidak tahu dari mana hendak mula, cuma barangan yang penting sudah kami beli," kata Harris.



Pasangan Harris dan Intan Ladyana selamat bernikah pada 5 Februari, tahun lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menariknya lagi, cinta pasangan ini berbeza usia 17 tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 10-1-2022 10:04 AM
tetang-tenang saja.. moga dipermudahkan time nk bersalin nanti.
Quote GegarVaganja 10-1-2022 10:06 AM
Ada usap2 depan media tak sebelum umumkan kehamilan?

Quote Masukkeluar 10-1-2022 10:10 AM
GegarVaganja replied at 10-1-2022 10:06 AM
Ada usap2 depan media tak sebelum umumkan kehamilan?

mmg takde..sebab aku follow dia. hahha.

pegi shooting iklan pn langsung xde adegan usap mengusap walaupun perut tu ada nmpk bump. xmcm sorg tu...hahahaha
Quote chinta89 10-1-2022 10:25 AM
Masukkeluar replied at 10-1-2022 10:10 AM
mmg takde..sebab aku follow dia. hahha.

pegi shooting iklan pn langsung xde adegan usap mengusap  ...

agitchuwwwww komennya hihi
Quote Kancilkering 10-1-2022 10:34 AM
ramai ramai dia yg dpt suami paling muda…rezeki…..

dia nnye glowing masa preggy ni menyinar nyinar….
Quote dudaberhias 10-1-2022 10:37 AM
bagus jawapan sheolsss... ye la tak nak beriya2 sangat last2 gugur ke apa kan mana nak tahu..

tak main la berbackgroundkan klcc lepastu 24 jam pegang perot macam telur alien nak terjatuh dari pusat... persis species 3 gittew...
Quote sukacactus 10-1-2022 10:40 AM
Relax2 je couple ni
Quote Suchi 10-1-2022 10:43 AM
Semoga dipermudahkan, ngandung zaman pandemik sangat mencabar.
Syukur juga dia jenis cepat lekat yela umur dah lewat mesti dia pun tanak tunggu lama2 kan.
Quote nazurah 10-1-2022 10:45 AM
dudaberhias replied at 10-1-2022 10:37 AM
bagus jawapan sheolsss... ye la tak nak beriya2 sangat last2 gugur ke apa kan mana nak tahu..

tak m ...

hahaha... tu pasal dia menahan daripada mengumumkan dia mengandung.
ikutkan kecoh... mau dia kompang tiap hari kisah mengandung... sebab tarikh menikah pun rahsia suruh orang berteka-teki, mengandung pun senyap2 la....
Quote AshkieLa 10-1-2022 11:14 AM
Semoga dipermudahkan urusan melahirkan nanti...
Quote DianaSaksen 10-1-2022 11:21 AM
Nampak sepadan couple ni..
Dan tak over tunjuk kemesraan kat public
Untung intan dapat suami muda dan helok
Yg penting takde janggut rebonding
Quote mamajawie 10-1-2022 11:12 PM
Smoga dipermudahkan bersalin nanti chuollss..iollss yg bersalin bulan mei 2021 pun terasa la mencabar lelagi somi x bleh ada dalam labor room..but mine was at GH la..tunggu la kot ado joki no. 3 iollss dpat merasa PH skali pun jdi la..hehe
Quote mamajawie 10-1-2022 11:13 PM
DianaSaksen replied at 10-1-2022 11:21 AM
Nampak sepadan couple ni..
Dan tak over tunjuk kemesraan kat public
Untung intan dapat suami muda da ...

Maigad iolllss setuju bangatttt dengan statement last chuollss..yang penting takde jenggot mop rebonding ala2 dewa cina pekgi
Quote babelina 11-1-2022 09:12 AM
seronoknya tgk dorg.. moga happy2 selalu.. bahagia hga akhir hayat.. amin yra..
Quote fido_dido 11-1-2022 11:14 AM
semoga dipermudahkan urusan intan bersalin nanti
Quote auntyonion 11-1-2022 11:16 AM
Alhamdulillah semoga semua baik2 je utk intan dan pasangan
Quote takayama 11-1-2022 11:21 AM
moga dipermudahkn buat intan, happy for them
Jawapan intan xdelah menyakitkan hati, moga Harris terus menjaga intan dan baby dgn baik
Quote yayanz 11-1-2022 11:38 AM
bezanya lahai kematangan hariss sini dengan hariz sana.. hariss ni berganda2 nampak matang berbanding hariz sana
Quote silampumeja 11-1-2022 11:45 AM
Pasal relationship dan netizen dan gosip ni i rasa intan dah terlalu matang utk semua tu... Dia pandailah uruskan.... cerdik sikit berbanding yg lain kan... Bercinta dgn haris pun dia pilih diamkan diri tkut tak jadi... Tup2 nikah lepas rmai dh tahu .. prgnant pun. Diam2 je smpai masa ada, ada .. bukan bdak tu keluar xde ayah pun....

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047753 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top