Inilah yang dikatakan, rumah sudah siap, tetapi pahatnya masih berbunyi. Aduhai, tak baik tahu bila ada yang tetap mengata di belakang mengenai persembahan nyanyian Sarah Suhairi ketika dia menggantikan penyanyi Andi Bernadee di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36) tempoh hari.
Dipertanggungjawabkan untuk membawakan lagu berjudul Penat, Sarah rupa-rupanya terpalit dengan tuduhan gara-gara dirinyalah, maka lagu tersebut tidak mampu berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36. Keras jugalah untuk menuduh Sarah sebegitu rupa sedangkan, sebagai penyanyi, pastilah dia sedar diri bahawa nyanyiannya tidak akan sama dengan si penyanyi asal.
Jadi, apa pula kata si empunya diri bila dikritik menjadi punca Andi tak mampu ke pentas akhir? Sarah, jawablah! Wujud pula tuduhan bahawa Sarahlah yang menjadi punca lagu Andi itu tak dapat masuk ke pentas akhir AJL36. Apa yang boleh Sarah katakan? Sebenarnya saya rasa sangat berbangga kerana diberi peluang menggantikan tempat Andi untuk ke pentas separuh akhir. Dia pun baru balik dari United Kingdom (UK) dan perlu kuarantinkan diri. Saya dapat tahu pun pada Isnin, minggu yang sama di mana Sabtu itu sudah semi final. Jadi, saya ada masa yang sangat singkat untuk hafal lirik dan buat persediaan. Namun, tetap cuba yang terbaik pada malam itu. Adakah memang Andi sendiri yang memberi tanggungjawab itu kepada Sarah? Ya. Mungkin disebabkan kami ini pun memang rapat dan sudah lama membina kepercayaan antara satu sama lain, maka dia minta saya bawakan lagu itu. Tapi sebetulnya, saya pun terkejut! Saya sudi ambil tanggungjawab itu sebab menganggap lagu itu tidaklah seberat lagu Misha Omar atau Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya.Lagu itu tenang saja dan rasa masih mampu bawakan. Jadi, jika ada kalangan netizen yang menyalahkan saya maka lagu itu tidak dapat ke pentas akhir AJL, saya minta maaf. Mungkin silap daripada saya.
|
Thunderclouds replied at 10-1-2022 10:43 AM
Sape laa MUA dia ni. Sumpah xlawa mekap kt atas tu.
helicornia replied at 10-1-2022 10:04 AM
Nape Andi tak nyanyi sendiri? Btw lagu penat ni memang sedap
dudaberhias replied at 10-1-2022 11:16 AM
Khen, tak sesuai sangat mekap gelap2 kan mata tu.... Dari wajah nan desa terus jadi leluhur yindu ...
..maksu replied at 10-1-2022 11:48 AM
mentang2 lah si sarah ni tak putih tak kaya .... biar je lah adat lah tu pertandingan. media malaysi ...
..maksu replied at 10-1-2022 11:48 AM
mentang2 lah si sarah ni tak putih tak kaya .... biar je lah adat lah tu pertandingan. media malaysi ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.053648 second(s), 41 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.