Sufie Rashid meluahkan rasa penuh syukur apabila berkesempatan untuk membeli kereta mewah jenama BMW yang diidamkan olehnya sejak tujuh tahun lalu.
Bekas juara Akademi Fantasia 2015 itu menjelaskan tidak timbul rasa riak untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya, dia berkongsi rasa teruja dan sekali gus membakar semangat mereka di luar sana untuk mengejar impian. "Alhamdulillah, saya sudah lama sebenarnya menyimpan cita-cita untuk membeli kereta BMW ini. Akhirnya selepas hampir tujuh tahun, tercapai juga impian untuk memilikinya. "Kereta yang saya pakai dulu sudah dijual untuk membeli kereta idaman ini. Sejak Ogos tahun lalu, saya sudah memiliki kereta ini (BMW), cuma selepas dicantikkan dan sebagainya baru saya muat naik di Instagram.
"Bukan hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah, cuma saya teruja kerana dapat memiliki, seterusnya menggunakan kereta idaman ini. "Semoga perkongsian ini juga turut menjadi pembakar semangat buat mereka di luar sana, cepat atau lambat pasti akan berjaya juga," katanya kepada Harian Metro. Sufie memuat naik paparan gambar kereta terbaharu miliknya itu di akaun Instagram.
Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Ain yang kini aktif mengusahakan perniagaan sampingannya menjual produk makanan biskut dan sambal sejak pandemik melanda negara. Penyanyi lagu Aku Sanggup itu ketika dihubungi, memaklumkan dia membawa dan menghiburkan seramai 20 kanak-kanak mangsa banjir di kawasan Jelebu, Negeri Sembilan melawat Zoo Negara di ibu kota.
"Kebetulan, tadi saya berada di Zoo Negara membawa kanak-kanak yang terkesan akibat banjir. Saya bersama rakan-rakan di bawah kelab BMW merancang untuk membawa 20 kanak-kanak ini berjalan-jalan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|