CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Scarlett Si Kucing Yang Berhati Mulia

19-6-2013 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18840| Komen: 75

Description: Mungkin cerita ini sudah lama, sudah lapuk..tetapi kisah sang kucing ini boleh kita jadilah teladan sampai bila-bila.Kisah ini terjadi sekitar tahun 1996 di mana seekor ibu kucing beranak lima yang be ...





Mungkin cerita ini sudah lama, sudah lapuk..tetapi kisah sang kucing ini boleh kita jadilah teladan sampai bila-bila.  Kisah ini terjadi sekitar tahun 1996 di mana seekor ibu kucing beranak lima yang bernama Scarlett  ini telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam satu insiden kebakaran besar. Ibu kucing ini dengan gigihnya berusaha untuk mengeluarkan lima anak-anaknya sekaligus menyelamatkan mereka daripada rentung ditempat tinggalnya.

Sememangnya, Scarlett merupakan seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang , sanggup menggadai nyawanya serta menghadapi pelbagai kemungkinan demi anak-anaknya.

Sebenarnya, Scarlett tinggal di dalam sebuah garaj di Brooklyn bersama-sama lima anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, ahli keluarga tuannya tiada di rumah kerana keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, pasukan anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus.



Biarpun menderita sakit, Scarlett tetap menyusui anak-anaknya


Ketika ini Scarlett masih dirawat tetapi tetap bersama anak-anaknya


Keadaan Scarlett selepas kejadian tersebut

Keadaannya yang hangus dan melecur teruk di mana  telinganya terbakar, kaki dan tangan juga melecur.  Mujur juga matanya masih terpelihara tidak buta ketika kejadian malang itu.

Setelah berjaya menyelamatkan anak-anaknya, kucing ini menyusun kesemua anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya yang derita kepanasan dek api yang membakar.  Dengan keadaan matanya yang melecur teruk dan telah melekat dengan hidungnya akhirnya Scarlett  rebah dan pengsan selepas berjaya menyelamatkan anak-anaknya itu.

Seterusnya, ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk menerima rawatan rapi. Scarlett juga dimasukkan ke dalam bekas oksigen untuk memastikan ianya mampu bertahan untuk hidup. Akhirnya, kucing itu kembali sihat dan yang tinggal hanyalah parut di muka dan badannya.  Scarlett diambil semula oleh tuannya, Karen Wellen.



Scarlett selepas dipulihkan muka dan tubuhnya yang melecur



Sayang…bersama tuannya Karen Wellen

Kini,  Scarlett telah tiada lagi kerana telah mati pada 11 Oktober 2008 kerana mengidap penyakit dalaman dalam peliharaan tuannya di Brooklyn.  Namun, Scarlett telah dianugerahkan dengan pingat serta sijil atas keberaniannya itu.



Sijil dan pingat yang dianugerahkan kepada Scarlett

Sesungguhnya, kucing ini adalah antara contoh terbaik untuk kita ambil sebagai teladan terbaik biarpun ianya hanyalah seekor haiwan.  Scarlett mungkin satu antara seribu kucing yang begitu berani dan sarat dengan kasih sayang.  Berbeza pula dengan segolongan manusia zaman ini yang bertindak sebaliknya terhadap anak-anak hingga layak digelar syaitan.  Fikirkan lah…

taniah juga kepada tuan nya kerana telah membela scarlett dengan baik 1996-2008 scarlett in memory






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-6-2013 05:50 PM
Walapun ada sedikit kecacatan tapi tetap comel
Quote dar_wish 19-6-2013 05:54 PM
aduhai... syahdu betul bila baca artikel... i'm speechless...
Quote Sayawanieta 19-6-2013 05:57 PM
Nangis aku baca..syahduuuu
Quote wickedcat 19-6-2013 06:22 PM



terharunya.....
Quote nureen_nia 19-6-2013 06:25 PM
ternangis lak baca..
Quote ummy11 19-6-2013 07:01 PM
Sedihnya kisah kucing ni
Quote peachy_lurve 19-6-2013 07:54 PM
wah..tersentuh..xsangka mendalam sungguh kasih sayang kucing ni pada ank dia..
Quote FNA_AZHANI 19-6-2013 08:32 PM
tersentuh bila baca artikel ni
binatang pun tahu apa itu erti syg & cinta
Quote hakuu 19-6-2013 10:39 PM
selaku pechenta kucing aku menanges baca kisah ni...scarlett idola kucing sedunia
Quote MissNigga 19-6-2013 10:55 PM
... touchingnya

Sayang giler dia kat anak dia ....
Quote miszaimi 19-6-2013 11:52 PM
walauponn aku takot kucing,,kagom dgn scarlet
Quote azilamie2 20-6-2013 01:17 AM
kasihannya kucing tu huhuhu..
Quote shanshero 20-6-2013 03:06 AM
very touching story
Quote mucheng 20-6-2013 08:24 AM
terharunya... walaupon dah terbakar,tetap gigih selamatkan anak2 dia..
Quote mizz_ira 20-6-2013 08:54 AM
sayang scarlet...
Quote R.A.M.A_mirror 20-6-2013 09:17 AM
sebak plak pagi2 nie ... nice info !!
Quote teky 20-6-2013 09:20 AM
kasih ibu...
Quote rospinki 20-6-2013 09:33 AM


syahdunya kisah scarlett kucing yang baik hati dan penyayang

Quote tykarib 20-6-2013 09:58 AM
terharu saya bila baca komen2 anda! saya lagi sedih. scarlett sentiasa di hati dan fikiran saya..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060544 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top