CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bos Apple Dibayar RM400 Juta Tahun 2021

10-1-2022 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1339| Komen: 8

California–  Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Apple, Tim Cook menerima bayaran hampir AS$100 juta (RM420.9 juta) bagi tahun 2021, yang juga merupakan ulang tahun ke-10 beliau mengambil alih syarikat tersebut, lapor laman berita MailOnline.


Cook menerima bayaran berjumlah AS$98.6 juta (RM415.5 juta), enam kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat pembuat peranti iPhone itu mendedahkan jumlah tersebut dalam pemfailan peraturan, hanya beberapa hari selepas ia menjadi syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai pasaran saham sebanyak AS$3 trilion (RM12.63 trilion).

Foto: Apple Inc

Nilai saham Apple   melonjak sepanjang tahun lepas apabila lebih ramai orang beralih kepada teknologi semasa sepanjang  tempoh pandemik dengan Apple mencipta iPhone dengan kapasiti beroperasi pada rangkaian mudah alih 5G. 

Gaji pokok Cook sebanyak AS$2.99 juta (RM12.58 juta) tidak berubah. 

Kebanyakan gaji beliau diperoleh melalui saham dalam Apple yang diberikan.semasa Cook memasuki pelan insentif jangka panjang.

Cook akan dapat mula menukarkan sahamnya kepada tunai antara 2023 dan 2025, menjadikan lelaki berusia 61 tahun itu mempunyai alasan untuk kekal di syarikat itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Cook menyertai Apple pada 1998 dan mengambil alih tugas sebagai ketua eksekutif daripada pengasas bersama Apple, Steve Jobs, sejurus sebelum kematiannya pada 2011.

Dalam tempoh sedekad selepas mengambil alih syarikat gergasi itu, saham Apple telah melonjak lebih daripada 1100 peratus. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-1-2022 08:40 AM
Dino apple:

MV5BZDJiZWY5ZjAtZjEwNi00NzliLWE3ZTAtZDdiMDgxMmY3Y2QwXkEyXkFqcGdeQXVyODk1MjAxNzQ@.jpg
Quote ninja9 10-1-2022 08:45 AM

    .. selalunya subjek ada di luar forum hari ini tergelak pulak ada perubahan                                 

Quote ninja9 10-1-2022 08:48 AM
inilah rahsianya kenapa barang apel ni mahal... bolehlah bos besar dapat gaji 100 juta  tahniah semua
Quote Firenzza 10-1-2022 10:00 AM
Brp bijik hp jual utk byr boss epal nih?
Quote musangbodoh 10-1-2022 10:17 AM
nk bgtau ...last pake ipon 5s...pastu tukau oddo (baca terbalik)
Quote Shazid 10-1-2022 01:33 PM
Last pakai iphone 2...pastu samsung, huawei, realme....lps ni ni tak tau nk pki brand ape...tp mcm nk pki samsung balik
Quote ally9970 10-1-2022 02:09 PM
Suka hati dia lah...company dia
Quote Simunggu 10-1-2022 02:34 PM
Edited by Simunggu at 10-1-2022 02:37 PM

ada org gaji 7200 setahun....ada yg 400juta setahun...masuk akal tak??? ada tinggal dlm kotak, ada org tilam shj baru ratus ribu ringgit....adil kah?

adakah Tuhan akan marah?..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032912 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top