View: 882|Reply: 8
|
Bos Apple Dibayar RM400 Juta Tahun 2021
[Copy link]
|
|
California– Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Apple, Tim Cook menerima bayaran hampir AS$100 juta (RM420.9 juta) bagi tahun 2021, yang juga merupakan ulang tahun ke-10 beliau mengambil alih syarikat tersebut, lapor laman berita MailOnline.
Cook menerima bayaran berjumlah AS$98.6 juta (RM415.5 juta), enam kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Syarikat pembuat peranti iPhone itu mendedahkan jumlah tersebut dalam pemfailan peraturan, hanya beberapa hari selepas ia menjadi syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai pasaran saham sebanyak AS$3 trilion (RM12.63 trilion).
 Foto: Apple Inc
Nilai saham Apple melonjak sepanjang tahun lepas apabila lebih ramai orang beralih kepada teknologi semasa sepanjang tempoh pandemik dengan Apple mencipta iPhone dengan kapasiti beroperasi pada rangkaian mudah alih 5G.
Gaji pokok Cook sebanyak AS$2.99 juta (RM12.58 juta) tidak berubah.
Kebanyakan gaji beliau diperoleh melalui saham dalam Apple yang diberikan.semasa Cook memasuki pelan insentif jangka panjang.
Cook akan dapat mula menukarkan sahamnya kepada tunai antara 2023 dan 2025, menjadikan lelaki berusia 61 tahun itu mempunyai alasan untuk kekal di syarikat itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.
Cook menyertai Apple pada 1998 dan mengambil alih tugas sebagai ketua eksekutif daripada pengasas bersama Apple, Steve Jobs, sejurus sebelum kematiannya pada 2011.
Dalam tempoh sedekad selepas mengambil alih syarikat gergasi itu, saham Apple telah melonjak lebih daripada 1100 peratus. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
 .. selalunya subjek ada di luar forum hari ini tergelak pulak ada perubahan
|
|
|
|
|
|
|
|
inilah rahsianya kenapa barang apel ni mahal... bolehlah bos besar dapat gaji 100 juta tahniah semua  |
|
|
|
|
|
|
|
Brp bijik hp jual utk byr boss epal nih? |
|
|
|
|
|
|
|
nk bgtau ...last pake ipon 5s...pastu tukau oddo (baca terbalik) |
|
|
|
|
|
|
|
Last pakai iphone 2...pastu samsung, huawei, realme....lps ni ni tak tau nk pki brand ape...tp mcm nk pki samsung balik |
|
|
|
|
|
|
|
Suka hati dia lah...company dia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 10-1-2022 02:37 PM
ada org gaji 7200 setahun....ada yg 400juta setahun...masuk akal tak??? ada tinggal dlm kotak, ada org tilam shj baru ratus ribu ringgit....adil kah?
adakah Tuhan akan marah?..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|