CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sa Ya Tersingkir Tapi Lega Dah Langsaikan Hutang Dengan Peminat

10-1-2022 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1701| Komen: 10

Perjuangan kumpulan Sa Ya di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berakhir apabila tersingkir di peringkat suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Sa Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita terpaksa akur dengan keputusan juri yang menegur vokal mereka.


Foto: mStar Online

“Ini adat pertandingan. Kami pelawak pertama sertai GV. Kami dalam proses belajar.

“Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaiki persembahan di pentas. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.


“Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah,” ujar Saiful mewakili Sa Ya.

Keputusan suku akhir menyaksikan Suki Low yang membawa lagu Korea berjudul You Are My Everything berada di kedudukan pertama dengan markah 78.9 peratus diikuti oleh Aliff Aziz (76.8) dan Aweera (73.0) di tempat ketiga.


Foto: mStar Online

Peserta lain yang turut mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Sementara itu bagi Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Anugerah Bintang Cuckoo dimenangi oleh Nikki Palikat.

Pusingan suku akhir GV8 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang dan dua juri jemputan iaitu Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk Norman Abdul Halim.

GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Untuk tugasan separuh akhir bertemakan Lagu Untukmu, peserta akan menyanyikan lagu pilihan juri. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 10-1-2022 08:40 AM
Edited by akuHavocczz at 10-1-2022 10:26 AM

okay lah tu menang banyak cuckoo. menyanyi korang maybe out, tapi dalam lawak korang tak leh challenge
Quote KamikuP 10-1-2022 08:58 AM
Moga kumpulan Sa.Ya sukses di masa akan datang Aamin
Tapi lately GV ni dah dalam nguapan skala 8
Quote dudaberhias 10-1-2022 09:05 AM
Terharu dengan ucapan saiful apek... Semoga berjaya maju lepas GV ni.
Quote kucingitam 10-1-2022 09:13 AM
boring ah GV season ni...tak tgk pun takpe...
Quote fifie_olin 10-1-2022 09:15 AM
bagus la dh kuar...baik jd pelawak je sis
Quote cikgojesss 10-1-2022 09:19 AM
KamikuP replied at 10-1-2022 08:58 AM
Moga kumpulan Sa.Ya sukses di masa akan datang Aamin
Tapi lately GV ni dah dalam nguapan skala 8

menurut kaka nguapan skala 11/10.. jijik nak tengok
Quote Shazid 10-1-2022 09:26 AM
Ok lh tu keluar...byk lg yg talented....patutnya depa ni awal2 dah keluar
Quote alieyrina 10-1-2022 02:56 PM
Aku mula2 ja tgk cam ok..pastu ke laut andaman semua
Quote MadameOnion 10-1-2022 03:12 PM
terima kasih Sa.Ya kerana byk menghiburkan sambil mengimbau kenangan zaman kanak2/remajaku


Quote MissYouSayang 10-1-2022 03:24 PM
Euww peminat mana yg nk tgk ko menyanyi sgt ha noreen. Ramai yg suruh berambus ada lah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.041621 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top