Takkan ada hidup yang akan terus murung atau sunyi selamanya.” Demikian kata pelakon Nabila Huda atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 37, yang memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas membuat pendedahan secara terbuka berhubung masalah kemurungan yang dihidapi tahun lalu.
Kata pelakon filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu, dalam hidup, kita sebagai manusia, mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk mendepani hari-hari mendatang. “Saya lebih bahagia sekarang dan saya ingin hidup bahagia. Takkan ada hidup yang akan terus bersedih.
“Biarpun 10 atau 15 tahun menunggu waktu (bahagia) itu tiba, fasa itu pasti akan datang. Kita sentiasa ada pilihan. “Kalau kita pilih kesedihan, sampai bila-bila pun bersedih sahajalah kehidupan. Kalau dalam fikiran asyik cakap itu susah, ini susah, susahlah kamu,” katanya menerusi satu hantaran status panjang lebar dalam Instagram.
|
mixed replied at 14-1-2022 09:59 AM
sejak dia kena covid ritu dia meroyan salah kan nisha,nd & the geng sb dia dpt covid
aku x bape mina ...
mixed replied at 14-1-2022 09:59 AM
sejak dia kena covid ritu dia meroyan salah kan nisha,nd & the geng sb dia dpt covid
aku x bape mina ...
ADVERTISEMENT