|
Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita menghalau ibu dan adiknya keluar dari rumah. Menerusi sebuah video di TikTok, pemilik akaun, Awkazm dan ibunya terpaksa akur kerana kakaknya merupakan pemilik kediaman berkenaan. Video berdurasi kurang 10 saat itu memaparkan dirinya dalam keadaan marah mengacungkan jari tengah ke arah sebuah rumah. Kelihatan juga beberapa beg pakaian tersusun di hadapan rumah berkenaan.
Kata Awkazm, entah mengapa sejak kematian bapa mereka lebih setahun lalu, kakaknya seolah-olah menyimpan dendam terhadap ibu mereka. "Kakak juga tidak suka ibu berkenalan dan bertemu janji dengan lelaki lain. Satu hari, mereka bertengkar. Kakak menggelar ibu perempuan sundal. "Saya marah dan membela ibu. Tindakan saya itu menyebabkan dia naik angin dan turut menghalau saya keluar bersama ibu," katanya. Tambahnya lagi, ketika bapanya masih hidup, dia mewasiatkan rumah berkenaan kepada kakak menyebabkan ibunya kehilangan hak atas rumah berkenaan. Mengambil masa lima hari mengosongkan bilik di rumah itu, Awkazm berharap kakaknya mendapat balasan setimpal atas perbuatannya. Menerima pelbagai reaksi dan daripada pengguna TikTok, Awkazm sama sekali tidak peduli dengan komen berbaur negatif. Baginya, dia lega menemui tempat baharu untuk berteduh dengan ibunya. Apa yang membuatkan kakak dia marah sangat sampai sanggup halau ibu sendiri? - CARI
|


Ah_Kwan replied at 10-1-2022 02:19 PM
keh keh keh
walaupun ibu lu seorang pelacur..tetap wajib lu taat dan berbuat baik padanya...
saja tanyaAh_Kwan replied at 10-1-2022 02:19 PM
keh keh keh
walaupun ibu lu seorang pelacur..tetap wajib lu taat dan berbuat baik padanya...
BartholomewKuma replied at 10-1-2022 02:52 PM
Wei hang tau dak wujud hat mak mak orang hat perangai barua? Hang tak besa jumpak na? Jenih suka p ...
miszclassique replied at 10-1-2022 03:02 PM
Wasiat yg memang legal? Or just cakap2 mulut je? Kalau setakat air liur boleh je fight rumah tu... T ...
musangbodoh replied at 10-1-2022 02:34 PM
bro lu punya nm islam apa saja tanya



ADVERTISEMENT