CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tujuh Tahun, Aman Aziz Tak Putus Asa Cuba Jadi Glamour

7-1-2022 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1537| Komen: 9

Tujuh tahun mencuba nasib, penyanyi, Aman atau Mohammad Razman Abdul Aziz, 29, berkata, sambutan terhadap lagu Sulit ciptaan Asfan Shah yang dilancarkan tiga tahun lalu menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan perjuangan dalam industri muzik tanah air.


"Pernah rasa give up sebelum keluarnya lagu Sulit, rasa macam sudah tiba masanya saya kembali ke dunia yang nyata. Saya nak bekerja untuk hari tua yang lebih secure.


Foto: IG

"Tetapi disebabkan lagu itu mendapat sambutan dan sokongan daripada peminat, saya teruskan juga kerjaya sebagai seorang penyanyi.

"Setiap tahun saya ada set target apa yang saya mahukan, tetapi tak besar mana pun... macam cita-cita budak tadika. Cuma saya berharap orang boleh nampak yang saya boleh menyanyikan pelbagai genre lagu," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Aman kini muncul dengan sebuah lagu baharu yang berjudul Tunggu Lama hasil ciptaannya bersama Amsyar Razqa, Saballa dan Acu Panakorn.



Kata Aman, idea penghasilan lagu itu tercetus ketika dia terperangkap di Melaka, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

"Lagu ni agak rancak sedikit, sesuai untuk menghilangkan rasa sendu waktu PKP dulu. Sebab waktu kita PKP dua tahun dulu bosan, hanya duduk di rumah tak ada buat apa-apa.

"Jadi lagu ini tercipta sebab saya rasa macam lama betul nak habis PKP. Kita nak kerja semula dan berjumpa dengan orang yang tersayang, tetapi semuanya terbatas disebabkan halangan keluar rumah," katanya.



Single Tunggu Lama sudah boleh didengari di YouTube dan semua platform digital dan streaming sejak dua bulan lalu.

Biarpun negara masih dilanda pandemik Covid-19, Aman meluahkan rasa syukur kerana industri seni sudah mula kembali aktif.

Dia juga berharap dapat menghasilkan lebih banyak karya baharu untuk peminat dan pendengar yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.



"Saya rasa bersyukur kerana industri seni sudah kembali bergerak semula, Alhamdulillah dah boleh bernafas balik. Walaupun pergerakannya perlahan, tetapi nampaklah ada perubahan.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang telah menyokong saya selama ini. InsyaAllah selepas ini saya akan hasilkan lebih banyak lagu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pencintaABC 7-1-2022 09:43 AM
Cute la Aman ni mcm twink version of Kai EXO
Quote amira_adlina 7-1-2022 11:05 AM
Teringat aman zaman af..mat arof sokong dia dulu haha, ok aman buat je single best2 mcm sulit tu
Quote Orix 7-1-2022 11:08 AM
heols ada korean look... dulu igt lagi iols bergaduh dgan arwah sepitsiput berebutkan si Aman dan myvi dia sekali

eh, Qarin arwah sepitsiput si katibisme ke apa tah dah arwah juga ke mcm lama da x nmpak
Quote buragazz 7-1-2022 11:18 AM
Usaha guna jalan yang yang betul yer dik.. jgn buat benda bukan2.. contoh berlakon filem geng lemari.. nanti terus masuk gua...
Quote slyfynx 7-1-2022 11:22 AM
Jangan dok buat video burung berterbangan udah le
Quote selipar_hijau 7-1-2022 01:30 PM
muka mcm azhan rani
Quote dudaberhias 7-1-2022 01:40 PM
dia herlokk jah masa AF dulu tapi tak glemer sebab pemalu sangat... personaliti dia ramai cikki2 birah tergedik2 nak haritu...
tapi tu la kalau pemalu sangat bukan ke jumpa fans pun terus cabut lari... tak main la tipu2 macam jahlop... kejap la kejap la lepastu cabut...
Quote Adrif 7-1-2022 08:06 PM
kawen je lahh

pastu masuk gegar vaganza or something
Quote red_velvet 7-1-2022 08:45 PM
Muka sebijik sama dengan arwah boipren i... ..semoga berjaya ye amann

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034911 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top