Baru sahaja melancarkan album solo pertama, panyanyi hip hop Tuju meluahkan rasa kecewa apabila terdapat kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album selepas dimuat naik di platform digital.
Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 26, memberitahu hasil kerja kerasnya selama dua tahun menyiapkan album itu tidak seperti yang diharapkan. "Saya kecewa kerana cover album itu tak habis dan lagu sangkut di platform digital. "Saya yang cipta sendiri lagu dan kulit album itu dan saya tahu bagaimana rupanya. Ia tidak seperti yang saya gambarkan," luah Tuju.
Anggota kumpulan K-Clique ini, bagaimanapun tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak dan berharap masalah itu akan segera diselesaikan pihak berkenaan. "Perkara ini diluar kawalan saya. Saya hanya boleh beritahu dan minta bantuan. Semoga ia dapat diselesaikan. "Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Ini tahun baru, cuma nak beri semangat untuk bekerja dengan betul dan punya kejujuran. "Hari ini (6 Januari) masih sama. Mungkin esok akan dibetulkan," kata Tuju.
|
ADVERTISEMENT