CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Mahu Ganggu Ibadah Umrah Ibu, Anak Sorok Kematian Bapa

6-1-2022 10:02 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3694| Komen: 21|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Umiaisy


“Kami adik-beradik pakat tak nak bagitahu, biar mak tenang buat ibadah umrah.”

Demikian penjelasan seorang anak mengenai sebab mereka adik-beradik tidak memberitahu ibunya mengenai pemergian ayah mereka terlebih awal. Menerusi perkongsian di TikTok oleh UmiAisy, ayahnya telah meninggal dunia ketika ibunya masih berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah. 


Menurutnya, mereka tidak mahu mengganggu fokus dan ketenangan ibunya ketika di sana dan akan memberitahu setibanya di Malaysia. “Biar mak tenang, bila balik Malaysia baru dia akan tahu. Dulu mak dan ayah dah janji nak pergi Makkah bersama, tapi ayah kurang sihat dan izinkan mak untuk tunaikan umrah dahulu,” katanya.


Selain itu, ibunya sering memaklumkan selalu merasa berdebar apabila teringat kepada keadaan ayahnya yang sakit di kampung. “Tamat tempoh idah, mak ziarah kubur arwah ayah, sayu hati tengok mak,” katanya. 

Sementara itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi dan rata-rata mendoakan agar ibunya terus tabah dan mengucapkan takziah kepada mereka sekeluarga. 

“Salam takziah untuk awak dan keluarga, semoga terus kuat dan tabah, jaga mak awak yang masih ada dengan baik”
“Takziah, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman” 
“Salam takziah, nampak sedih sangat mak awak, moga makcik kuat dan tabah” -CARI



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 6-1-2022 10:04 AM
klu aku baik bg tau
Quote 3chanceno 6-1-2022 10:10 AM
Edited by 3chanceno at 6-1-2022 10:12 AM

Wajib bagi tahu pasal ibunya ada iddah yang harus dijalani setelah arwah somi meninggal. Boleh videokan atau facetime ke tunjuk arwah telah dikafankan etc. Lagi pun ibu boleh mintak teman2 gi umrah doakan bersama di tanah suci untuk arwah sominya.
Quote Normabaru 6-1-2022 12:50 PM
Xsampai hati tp dok sampai plak hati rekod buat mak sendiri jadi content...kesian kot time grieving pon kena rekod..Tau x maksud privacy tu apa?

Bodow
Quote Normabaru 6-1-2022 12:50 PM
Edited by Normabaru at 6-1-2022 02:52 PM
3chanceno replied at 6-1-2022 12:10 PM
Wajib bagi tahu pasal ibunya ada iddah yang harus dijalani setelah arwah somi meninggal. Boleh video ...


Itulaaa...ntah pape..Itu laki dia kot..lg lama dia hidup bersama..demi content hormat terhadap parents Pon hilang atas alasan xnk ganggu

Utk makcik..semoga beroleh Umrah yang mabrur Dan takziah atas kehilangan' suami tersyg..sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai mati.. innalillahiwainnailaihirojiun
Quote haruslah 6-1-2022 01:03 PM
Mcm x patut je x bgtau maknnye
Laki dia kot yg meninggal
Lastu iddah lg
Quote Artemesiaa 6-1-2022 01:20 PM
Ganggu ibadah tak boleh dijadikan alasan untuk merahsiakannya.  
Quote Shazid 6-1-2022 02:03 PM
Klu aku bg tau je...die buat umrah je kot...kat sana die boleh doakan arwah dekat tempat2 mustajab.
Quote buragazz 6-1-2022 02:55 PM
Mana2 terbaik la dik.. tapi aku terfikir jugak klu dibagitau buatnya Makcik tu murung tetiba dia pulak pergi kat sana... lagi haghu...
Quote mawardia 6-1-2022 03:14 PM
Mak kau ada iddah lah bongok. Kau patut bgtau!
Quote harisbee 6-1-2022 03:17 PM
Keluarga bodoh mana ni?
Quote ellejo 6-1-2022 03:19 PM
kurang ajar betul. umrah itu sunat.ini iddah kematian suami ya.
cuba kalau kau punya spouse mati orang tak bagitau.
Quote cik_sssara 6-1-2022 03:25 PM
Perkara ni pun boleh jadi content?

Quote Cpkay 6-1-2022 03:37 PM
faham perasaan anak tu.. tapi tindakan tak bagitau kat mak dia sebenarnya salah sesangat.
Quote Suchi 6-1-2022 04:39 PM
Iddah mak dia cemana? Boleh terus buat umrah ke ye?

Anak2 pun ermm maybe dr awal mak dia tak g umrah lg pun takpe memandangkan ayah dia tgh tak sihat.
Mesti maknya tu rasa ralat juga tak disamping suami disaat akhirnya.
Quote Minami2013 6-1-2022 05:03 PM
Org2 skrg dah tak de common sense.. sejenis batak viral.

Quote Decaffeinated 6-1-2022 05:22 PM
aku rasa ok ja apa yang anak2 dia buat. adakah aku terlalu logical xde perasaan?

yang sebut2 pasal iddah tu boleh elaborate tak why?


Quote uda 6-1-2022 06:37 PM
Decaffeinated replied at 6-1-2022 05:22 PM
aku rasa ok ja apa yang anak2 dia buat. adakah aku terlalu logical xde perasaan?

yang sebut2 pasal  ...

Ada a few larangan semasa dalam iddah.
Not sure whether boleh buat umrah or not semasa dalam iddah. Tapi masa musim haji dulu, ada a few kematian suami dan pihak tabung haji benarkan balu2 ni meneruskan ibadah haji mereka. Kena tanya kepada yang pakar.
Quote uda 6-1-2022 09:41 PM
Article drp Jabatan Mufti kerajaan:https://mediapermata.com.bn/lara ... d-kematian-suami-2/

3) Tidak boleh keluar belayar sekalipun untuk menunaikan haji atau ‘umrah kecuali dalam beberapa keadaan yang tertentu.

Pertama: Perempuan yang sedang dalam musafir untuk melakukan haji atau ‘umrah (dengan izin suaminya) kemudian di tengah perjalanannya itu diwajibkan ke atasnya ber‘iddah kerana dia ditalak suaminya atau suaminya meninggal dunia, maka dia diberi pilihan sama ada: untuk meneruskan perjalanannya kerana memutuskan perjalanan atau pelayarannya itu akan mendatangkan kesukaran, terutama sekali apabila dia berada jauh dari negerinya dan takut terpisah daripada rombongannya atau; untuk kembali semula ke tempat tinggalnya dan ini adalah lebih afdhal.

Kedua: Sekiranya kewajipan ber‘iddah ke atas perempuan itu terjadi sebelum dia keluar belayar daripada rumahnya, maka dia sama sekali tidak dibolehkan keluar untuk membuat pelayaran.

Ketiga: Sekiranya perempuan itu telah berihram haji dengan izin suaminya, ataupun tanpa izin suaminya, kemudian dia ditalak atau suaminya meninggal dunia, maka jika dia khuatir akan luput haji apabila dia menghabiskan ‘iddahnya dahulu, kerana masa yang singkat, maka wajib dia keluar untuk mengerjakan haji dalam keadaan ber‘iddah kerana dia telah berihram lebih awal.

Jika sekiranya masa masih panjang, dan dia tidak khuatir akan luput haji, maka harus baginya keluar untuk mengerjakan haji.

Tetapi berbeza pula kedudukannya jika sekiranya dia berihram untuk mengerjakan haji atau ‘umrah atau kedua-duanya setelah dia ditalak atau setelah kematian suaminya, dengan keizinan yang diberikan oleh suaminya sebelum itu ataupun tanpa izin suaminya, maka dalam keadaan ini dia ditegah untuk keluar, sama ada dia khuatir akan luput haji atau tidak.

Ini kerana keizinan yang diberikan sebelum dia melakukan ihram itu telah terbatal kerana berlakunya talak atau kematian suaminya, ataupun dia sememangnya tidak mendapat izin daripada suaminya. Maka apabila telah selesai ‘iddahnya, barulah dia menyempurnakan ‘umrahnya atau hajinya, jika masih ada waktu haji.

Sekiranya waktu haji telah luput, hendaklah dia bertahallul dengan ‘umrah, dan wajib ke atasnya qadha dan membayar dam kerana luput haji.

Jelasnya bahawa seorang isteri yang kematian suami yang masih lagi menjalani ‘iddah adalah dilarang keluar belayar, termasuk belayar untuk mengerjakan haji atau ‘umrah, Seorang wanita yang berihram setelah ditalak suaminya atau setelah kematian suaminya, tidak kira sama ada dia telah diberi izin sebelum itu ataupun tidak, dan tidak kira sama ada ihram itu bagi tujuan haji atau ‘umrah atau keduanya, dia tetap dilarang keluar dari rumahnya bagi melaksanakannya selagi dia masih dalam tempoh ‘iddah.

Keharusan untuk keluar menunaikan haji atau ‘umrah bagi wanita yang dalam ‘iddah hanyalah dalam dua keadaan, iaitu:

1) Apabila dia ditalak atau suaminya meninggal dunia, sedang dia pada ketika itu berada dalam musafir (dalam pelayaran).

2) Apabila dia telah berihram haji atau ‘umrah sebelum ditalak atau sebelum kematian suaminya.
Quote anakmak 6-1-2022 09:56 PM
Kalau aku jadi mak diaorg
Sedeh gila kot
Tapi kalau aku jadi mak diaorg
Aku x pergi pun umrah tu
Aku nak teman laki aku
Sbb katanya 2-2 x sihat

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.172155 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top