CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Bengang Dilabel Pembawa Aura Negatif, Tak Menarik Jadi Pengacara

6-1-2022 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9563| Komen: 95

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad membidas kecaman seorang individu tidak dikenali yang melabelkan dia sebagai pembawa aura negatif dan bukan pengacara yang baik.


Dalam hantarannya di Instagram, Uyaina memuat naik luahannya yang selama ini tidak pernah memberi sebarang maklum balas terharap komen negatif yang diterimanya.


Foto: IG

"Uyaina jarang membalas komen negatif atau komen-komen yang cuba meruntuhkan semangat saya. Pada saya, abaikan adalah jalan terbaik. Tapi, komen kali ini perlukan perhatian," tulisnya.

Tanpa menyiarkan nama individu itu, pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu secara profesional mengucapkan terima kasih atas teguran yang dilontarkan dan menjelaskan dengan terperinci.



"Pertama sekali, terima kasih atas 'teguran'. Di WHI, semua benda kami bincangkan dengan pasukan dan penerbit. Topik yang diberikan membincangkan semua aspek berkaitan dengan topik itu, termasuklah tetamu yang hadir.

"Bukan saya memandai berikan aura negatif seperti yang awak rasa. Kita tak pernah menuding jari kepada sesiapa pun. Kalau ada yang terasa, mungkin kerana siapa makan cili, dia rasa pedas," tulisnya.



Uyaina juga meluahkan rasa keliru dengan tindakan individu itu yang memburukkan tugasnya sebagai pengacara sedangkan dia sudah menggalas tugas itu sejak beberapa tahun lalu.

"Mengenai pengacaraan saya yang awak rasa tak menarik, tak apa pun. Saya terima dengan hati terbuka sebab saya tak pernah paksa orang untuk suka pengacaraan saya atau apa.

"Tak faham, kenapa awak kena tulis begini kepada saya sebab nak sakitkan hati saya atau tak tahulah. Mungkin kena periksa hati awak juga. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak," tulisnya.



Uyaina turut memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya daripada individu itu.

Terdahulu, individu itu menghantar mesej dan menegur cara pengacaraan Uyaina yang dianggap negatif dan meminta agar Uyaina membersihkan hatinya.



"Bersihkan hati dulu kot, 'dear'. Apa yang dalam hati you terlalu menyerlah dekat luaran you. Sejujurnya, you tak menarik mengacara," tulisnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Uyaina termasuklah rakan-rakan artis antaranya Wani Kayrie, Bella Dally dan Ramona Zamzam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 6-1-2022 08:35 AM
kadang2 kena terima hakikat sis
Quote missbigrockstar 6-1-2022 08:41 AM
Cara dia reply nampak sgt dia bitter, berdendam, tak berfikiran terbuka dan tidak dpt menerima kritikan membina
Quote slyfynx 6-1-2022 08:44 AM
Eh, baru sorang tegur dah sentap.
X kan semua nk cakap positif de.
Akan ade yang x pas hati.
Abaikan je la

Jgn cepat sentap
Quote Zezo 6-1-2022 08:59 AM
Hadap je la dah masuk dalam industri. Serius ribdu zaman pengacaraan normala samsudin, wan kamarudin etc. Skrg ni, pfftttt... sgt2 bosan. Monotone, pastu ckp laju2, tak menarik langsung.
Quote Meiizu 6-1-2022 09:06 AM
Tak faham, kenapa awak kena tulis begini kepada saya sebab nak sakitkan hati saya atau tak tahulah. Mungkin kena periksa hati awak juga. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak," tulisnya.


Kalau uyaina baca porum lagilah menangis huhuhu.
Org tu dm khennn ckp tak amik hati haaa yelatuu
Quote bottombikini 6-1-2022 09:06 AM
jemputlah dia masuk porom ni uols
Quote cikgojesss 6-1-2022 09:07 AM
memang pun suara kering muka tua.. aura muka jenis perasan bagus, mulut acah ternganga tapi hakikatnya buruk, jadi host suara terjerit bingit, tonasi sampah. feeling bagus nak cakap laju tapi bunyi bersepah, takda bakat
Quote cik_Sally 6-1-2022 09:12 AM
Dah betul...nak buat macam mana kan? Asal muka kau keluar tv, kompom tukar cenel. Especially bila pakaian kau pun tahapahapa. Dengan gesture dan mimik muka yang so not likable. Jadi faktor penolak untuk orang terus menonton.
Quote adelea 6-1-2022 09:13 AM
Alamaka uyaina .. klu ko baca komen kat forum mmg menangis la kau ....

Aku dah lama sejak zaman berzaman tak suka dia mengacara ....mmg tak best ponn...

Dia ni cuma x berani klu fiza jadi partner dia .. klu mim dgh hawa .. mmg dia je cnquer berckp sorg2...


Pastu mmg dia aura negatif sikit and tanya soalan2 bangang kadg tu ...

Tapi panel yg dtg layan je laa sbb live kan
Quote awex^returns 6-1-2022 09:14 AM
memang tak best pon ko mengacara uyaina oooi
tak pernah teringin nak tengok
sama ngan si basic kawan ko tu
Quote prince_marhaen 6-1-2022 09:16 AM
pengacara/hos media prima paling tak menarik, bosan, syok sendiri, perasan nak mampos...suara pun bingit monotone, feeling-feeling santai tapi nampak terpaling khampunggg....paling dress up merepek antara semua hos wanita Media Prima...tak classy.. yihhhh!
Quote 3chanceno 6-1-2022 09:36 AM
Sokong dengan komen2 di atas semua

Tak menarik & acah2 bagus tapi entah apa2 yang dia sembangkan. Tak semestinya dah bertahun mengacara maknanya ko bagus ok

Quote fealefea 6-1-2022 09:38 AM
rasa nk komen je kat ig tu. mmg terok pon mengacara. Dlm rancangan yg duet artis n anak pon mengarot2 die mengacara. kalau tanye soalan pusing pusing sampai tak tau die ni nk tanya ape. cakap org lain dia potong semua. tgk la rakaman ko balik kalau org tegur camtu. tau tak yg komen tu org yg tgk WHI. ko buat camni lagi mls org nk tgk lagi2 ada muke kau.
Quote dreamcatcher 6-1-2022 09:38 AM
I rasa dia ni jadi model/duta ariani pun x menarik. Bella Daly pun i rasa dah x menarik.
Bebaru ni ada satu video kat IG galeri ariani, bella n uyaina menari/tiktok, Uyaina pakai skirt agak ketat. Then, ramaila netizen komen suruh ariani delete jer video tu. Tp tak di endahkan pun.
Quote AshkieLa 6-1-2022 09:53 AM
tak suka dia mengacara. suka potong cakap guest dan dia yg lebih banyak bercakap.
pastu aura muka dia memang nampak negative yakni "perasan bagus, perasan cantik/cun, perasan best dsb." padahal hauk dan poyo serba serbi. Duta Ariani semua tak best skang. Baik dia ni, si basic, mahupun bella daly. dulu Bella ok jugak. Skang nampak try hard je. Lagi prefer tengok bila aritu Aida Khalida yg jadi model Ariani awning punya.
Lagi satu nak tegur, takyah nak kelepet tudung "makcik2" sangat la.. tak semua wanita leh carry that kind of look laaaa. Muka dah sedia tua drpd usia, buat kelepet tudung gitu lagi laa nampak achik2 hindon culture shock dapat melaram.

Quote Thunderclouds 6-1-2022 10:01 AM
Edited by Thunderclouds at 6-1-2022 10:02 AM

Hahahaha..bhemah kot negative komen tu. Mai masok porum baca 'komen'. Mau lari masuk gua xkluaq2 dh
Quote kotakominami 6-1-2022 10:03 AM
Edited by kotakominami at 6-1-2022 10:04 AM

Aah..dia suka potong ckp org.....agaknye dia tak perasan kot sebab benda tu habit...dia kena tgok balik video dia...pastu macam selalu kongker ckp panjang lebar sampai nampak tak balen suasana ni...aku rase annoy sebab bende ni lah yg jadi waktu test muet dulu...ade satu mamat ni dia je nak bagi pendapat sampai kitorang takleh ckp banyak..at the end dgn dia sekali terciduk....
Quote Subeey 6-1-2022 10:05 AM
Dia ni bila eh nk brambus dari industri? Semak betol!!. Kdg² tu aku nk layan Meletop skali muka dia ada daaa terus aku tuka channel
Quote zeetot 6-1-2022 10:26 AM
Orang tu dm kau takleh terima lam

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052603 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top