CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Didapati Masih Hidup Semasa Hendak Dikebumikan

6-1-2022 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1401| Komen: 5

Rio De Janeiro– Seorang bayi di Brazil yang disahkan meninggal dunia semasa dilahirkan dan sedang disiapkan untuk dikebumi didapati masih bernyawa, lapor akhbar New York Post.


Bayi lelaki pramatang itu dilahirkan tiga bulan lebih awal di sebuah kediaman di Ariquemes, negeri Rondonia pada  27 Disember tahun lalu.

Menurut laporan, pada mulanya, ibu kepada bayi itu yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun,  tidak mengetahui bahawa dirinya sedang hamil.

Keluarganya berkata, dia pergi berjumpa dengan doktor selepas mengadu berasa kesakitan yang teruk, namun pasukan perubatan meminta dia pulang ke rumah.


Foto: Newsflash


Dia kemudian melahirkan anak lelaki itu tanpa bantuan perubatan.

Sejurus selepas bersalin, dia bergegas membawa bayi seberat kira-kira satu kilogram itu ke hospital di mana doktor mengisytiharkan dia dilahirkan dalam keadaan sudah meninggal dunia.

Seorang pengarah pengebumian yang tidak dinamakan telah dipanggil untuk mengambil bayi itu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya.

Pengarah pengebumian itu kemudiannya menyedari bayi itu mengeluarkan bunyi mengeluh dan jantungnya juga  berdegup ketika dia sedang menyediakan ‘mayat’ bayi itu untuk pengebumian. 

Bayi itu kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi, manakala keadaannya masih  belum  diketahui, manakala polis tempatan sedang menyiasat kes tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 6-1-2022 08:11 AM
Budak tu sekilo ja wei. Berat kampit gula hat sekilo tu ja. Naseb bek lah sempat selamat. Kalu dak dah arwah budak kecik tu kena kambuih
Quote Shazid 6-1-2022 02:06 PM
Umur masih panjang...budak tu mcm mn lah die tak tau mengandung
Quote FOTHER-MUCKER 6-1-2022 02:11 PM
Inilah kisah bermulanya siksa kubur.
Quote copy_paste 6-1-2022 03:34 PM
Shazid replied at 6-1-2022 02:06 PM
Umur masih panjang...budak tu mcm mn lah die tak tau mengandung

projek awal,
tapi yg bagusnya dia bwk bayi dia ke hospital,
kalau kat sini,hidup atau mati mmg dah buang
Quote Artemesiaa 6-1-2022 03:48 PM
Masih panjang umurnya nasib sedar sebelum ditanam

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.038707 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top