CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hari Raya 2015 Juadah Kuih Lihat artikel

"Miss Lopeh" Rita Rudaini

1-7-2015 03:05 PM| Diterbitkan: CMFreporter3| Dilihat: 8186| Komen: 6


Oleh : Izzah Abbasy


Sumber Foto : iresipi.com


Kuih Lopeh? Biasanya, ramai yang pernah makan tapi tidak tahu nama kuih ini. Kuih lopes merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan. Setelah sejuk, ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering dan dimakan berserta air gula melaka. 


Anda pasti teruja apabila orang yang tersayang pandai menyediakan juadah semasa berbuka. Kini, rata-rata yang malas memasak sudah mula belajar memasak. Bukannya susah, semuanya ada di hujung jari kerana "Mr. Google" sedia membantu. Tak ketinggalan, artis cantik Rita Rudaini pandai buat Kuih Lopes ini.  Untung badan, orangnya dahlah cantik, pandai memasak pula. Bahkan, air tangan sendiri dapat menambat hati sekeluarga. Untuk pengetahuan anda, memasak adalah suatu ibadah jika niatnya untuk mencapai redha Allah SWT.


Jadi, sesiapa yang nak mencuba buat Kuih Lopes atau "Miss Lopeh" oleh Rita Rudaini, boleh cuba resepi di bawah ini. 



Sumber Foto : ink361.com

Bahan-bahan #misslopeh dari #cerokdapoqRR 

- 2 cawan beras pulut susu
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air daun pandan (dikisar)
- 1/2 sudu kecil air kapur 
- 1/2 sudu kecil garam
- beberapa titis pewarna hijau
- kelapa parut (gaulkan dengan sedikit garam)

Air gula melaka
- 3 ketul gula melaka 
- 5 sudu besar gula halus
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan (simpulkan)

Cara-cara persediaan
- Rendam beras tu dengan air kapur dan pewarna tadi selama 1/2 jam.
- Selepas itu, buang atau toskan air pada beras yang direndam. Masukkan santan, sedikit garam dan air daun pandan.
- Kukus selama 1/2 jam.
- Setelah siap dikukus, angkat pulut (beras yang dikukus tadi) dan sejukkan seketika sebelum masukkan ke dalam loyang yang dilapik dengan daun pisang. Tekan padat-padat supaya pulut tidak lembik semasa dipotong. 
- Kukus semula dalam 15 minit.
- Setelah siap dikukus, sejukkan seketika dan potong serta gaulkan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam tadi.
- Akhir sekali, hidangan siap untuk dihidang. 

Selamat mencuba menu dari #cerokdapoqRR - CARI Infonet

25

Bagus
40

Marah
40

Terkejut
26

Sedih
29

Lawak
40

Bosan

Friends Rank (200 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 2-7-2015 11:29 PM
Air kapur nk bli kt mna?? I pun suka kuih ni tp slalu x ingat nama dia...
Quote rosmahisham 5-7-2015 01:45 PM
betoi ke rr yg ng resepi nih menarik gak utk dicuba nih
Quote CMFreporter3 6-7-2015 12:43 PM
rosmahisham replied at 5-7-2015 01:45 PM
betoi ke rr yg ng resepi nih menarik gak utk dicuba nih

betul... cubalah dan follow instagram rr
Quote CMFreporter3 6-7-2015 12:43 PM
clarizsa replied at 2-7-2015 11:29 PM
Air kapur nk bli kt mna?? I pun suka kuih ni tp slalu x ingat nama dia...

boleh beli kat kedai runcit atau pasaraya
Quote iznanaziz 7-7-2015 01:59 PM
kalau tak ada pulut susu, guna beras pulut biasa leh tak?
Quote CARI-IIN 7-7-2015 02:02 PM
iznanaziz: kalau tak ada pulut susu, guna beras pulut biasa leh tak?


boleh juga

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055215 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top