Reuters melaporkan, empat penternak lebah ditahan polis selepas melakukan demonstrasi di depan istana presiden Chile di Santiago.
Menurut pegawai tempatan, tujuh pegawai polis disengat dengan lebah semasa demonstrasi itu berlangsung. Penternak lebah mahukan reformasi pemerintah untuk meningkatkan harga madu atau memberikan subsidi kepada pengeluar madu.
Penternak lebah meletakkan sekitar 60 sarang lebah, yang berisi sekitar 10,000 lebah, di jalan depan istana. Salah seorang penternak lebah, Jose Iturra, mengatakan kepada wartawan tempatan bahawa kemarau di kawasan Colina di utara Santiago telah membunuh populasi lebah tempatan. Membuat demonstrasi dengan meletakkan sarang lebah di jalan akan membuat orang awam takut dengan risiko yang ditimbulkan oleh lebah, terutamanya mereka yang ada alergi dengan lebah yang boleh membawa kematian jika disengat. Semua pegawai polis yang disengat telah dibawa ke hospital. -CARI |
ADVERTISEMENT