Malaysia akan berdepan ujian paling besar dan getir apabila turun menentang India di suku akhir saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, tengah malam ini. Jika menewaskan juara Asia itu, Malaysia akan menempah tiket ke Olimpik Rio tahun depan, tanpa perlu menunggu aksi separuh akhir, sekali gus menamatkan kemarau penyertaan tiga temasya sejak Sydney 2000. Menyedari hakikat itu, jurulatih negara Tai Beng Hai menuntut pemainnya bermain bermati-matian bagi peluang keemasan dan terakhir untuk ke Brazil. Menurut jurulatih berasal dari Taiping itu, aksi kelompok lapan pasukan terbaik itu pasti sengit kerana India juga mahu mencari kemenangan bagi mengesahkan lagi status mereka selaku juara Asia.
"Kedua-dua pasukan agak seimbang tapi seperti mereka, kita juga berpeluang menang." " Doakan Kejayaan Kami." Dalam dua pertemuan terbaru, India menang 3-2 di Piala Dunia tahun lalu sebelum giliran Malaysia menundukkan mereka dengan keputusan sama di Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, April lalu. Selepas kali terakhir beraksi di Sydney 2000, skuad negara gagal meneruskan kesinambungan apabila tidak layak ke Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.- CARI Infonet |
12
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT