Zarina Anjoulie berkongsi rasa geram di akaun Instagram nya baru ini. Menurut Zarina, sewaktu dirinya bersantai di rumah tiada sebarang bungkusan di terima.
Tetapi apabila keluar bercuti, wanita ini mengatakan dirinya menerima banyak notifikasi bungkusan telah dihantar namun apabila lihat di rumah Zarina mengatakan tiada satu bungkusan pun yang sampai. “Aku bengang tul la.. Selama aku kat rumah takde anjing kucing postage orang nak sampai…Time pergi cuti berduyun-duyun sampai…Tulis delivered..Tapi kat umah aku satu parcel pun takde..So annoying..," tulisnya.
Melihat perkongsian selebriti tersebut, orang ramai memberi komen dengan mengakui pernah mengalami pengalaman yang serupa seperti Zarina. “Ada courier memang gitu. Dia orang selalu scan awal dah delivered.. Tapi barangnya sampai kemudian.. Bila tanya, kata sebab nak jimat masa” “Kan… Memang macam tu. kalau call pun sama. Time free tak ada dia orang nak call. Time tengah drive semua nak call, semua nak mesej”
“Hahaha sama lah macam tu juga ei geram aku” “Hahaha samalah Anju. Time aku terperuk dekat rumah tak ada pula courier datang. Time aku dah keluar, ehh time tu pula dia deliver awal” komen mereka. -CARI Sumber: Murai.my
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|