CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penguasa Kanan SPRM Didakwa Pecah Amanah AS$6.94 Juta

4-1-2022 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2853| Komen: 24

Seorang penguasa kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kehilangan wang rampasan agensi itu bernilai RM25 juta, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, atas satu pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah AS$6.94 juta.


Shahrum Nizam Baharuddin, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu penguasa kanan SPRM, telah diamanahkan dengan penguasaan harta iaitu matawang AS$6.94 juta, telah melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta tersebut.

Gambar Hiasan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Ketua Cawangan Tindakan Khas (CTK), Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara 17 Disember 2018 dan 9 April 2019.

Dia didakwa mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes ini dikendalikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Faridz Gohim Abdullah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh diwakili tiga peguam antaranya K Ponnusamy.

Semasa prosiding, Wan Shaharuddin berkata, tertuduh ketika ini ditahan selama dua tahun di Penjara Simpang Renggam, Johor mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Beliau berkata, pihak pendakwaan membantah sekiranya tertuduh ditawarkan ikat jamin kerana pertuduhan yang dikenakan termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.

Selain itu katanya, ia merupakan satu kesalahan yang serius malah mendapat liputan media satu dunia.

“Dia didakwa dengan kesalahan melibatkan wang yang banyak, iaitu lebih kurang RM30 juta, lebih-lebih lagi semasa kejadian, dia merupakan seorang pegawai penguat kuasa.

“Namun jika mahkamah mengguna pakai budi bicara untuk membenarkan tertuduh diberi ikat jamin, kami mencadangkan ia ditetapkan pada kadar RM10 juta dengan tiga penjamin,” katanya.

Selain itu, Wan Shaharuddin berkata, tertuduh juga dijangka akan dipertuduhkan dengan 101 pertuduhan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Ponnusamy merayu agar mahkamah membenarkan anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum kerana dia perlu menanggung isteri dan dua anak.

“Ikat jamin sebagaimana yang dicadangkan pihak pendakwaan iaitu sebanyak RM10 juta adalah sangat tidak munasabah.

“Dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri, lebih-lebih lagi ketika ini masih ditempatkan di penjara,” katanya.

Selain itu beliau berkata, Shahrum Nizam mempunyai masalah kesihatan iaitu sakit tulang belakang dan menghidap kanser hidung.

Selepas mendengar rayuan dan bantahan daripada kedua-dua pihak, Suzana tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Untuk rekod, tertuduh merupakan salah seorang anggota pasukan siasatan kes pecah amanah bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid pada 2018 lalu.

September lalu, SPRM menahan tiga pegawainya selepas Hasanah membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas suruhanjaya itu ketika menyiasatnya pada 2018 telah hilang.

Pada Isnin, media melaporkan, seorang pegawai SPRM yang didakwa terlibat dengan kecurian duit berkenaan ditahan di Penjara Simpang Renggam mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pegawai itu menjalani hukuman dua tahun disebabkan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 4-1-2022 03:10 PM
Harapkan pagar..pagar makan padi..
Quote Adrif 4-1-2022 05:50 PM
akies replied at 4-1-2022 03:10 PM
Harapkan pagar..pagar makan padi..




Quote ninjago 4-1-2022 06:25 PM
pergghhh AS$6.94 juta??? Penguasa Kanan SPRM???

publishla muka, apa lagi. takkan nak sorok.
Quote akies 4-1-2022 08:51 PM
Adrif replied at 4-1-2022 05:50 PM

Maafkan iols ..dh tergerak nk tulis pegar..
Tpi gigih juga taip pagar
Quote syaz_lina 4-1-2022 08:58 PM
6juta je yg tertangkap..hasanah tu dh biasa bwk juta2 lemon cover operation luar, camna blh terkena kali ni
Quote TeropongThaico 4-1-2022 10:05 PM
Dgn siapa yg boleh dipercayai skrg

Non....
Quote hareeeesah 4-1-2022 10:12 PM
Jaminan 10juta. Gilor bak ang.. tp family keturunan dah kaya raya lama dah ciss
Quote hyie 4-1-2022 10:46 PM

kat ig fedtri yahya hari ni dah update, katanya DBP dah putuskan yang betulnya adalah PAGAR. Sebab burung PEgar tu amat2 jarang atau susah nak kelihatan makan padi, lebih kepada takda. Apa entah lagi huraiannya meols tak ingat. Sebelum ni memang PEgar, tapi sekarang secara rasmi PAGAR.
Quote Adrif 5-1-2022 02:03 AM
hyie replied at 4-1-2022 10:46 PM
kat ig fedtri yahya hari ni dah update, katanya DBP dah putuskan yang betulnya adalah PAGAR. Sebab ...
Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.

sumber DBP
weh betul la, baru tau. terima kasih untuk pencerahan

pagaarr
Quote mbhcsf 5-1-2022 02:21 AM
tu dia juts juta duit ye...

hmm...
Quote ninja9 5-1-2022 02:35 AM
hyie replied at 4-1-2022 10:46 PM
kat ig fedtri yahya hari ni dah update, katanya DBP dah putuskan yang betulnya adalah PAGAR. Sebab ...

hanya kerana seorang penulis menyatakan pagar itu sebenarnya pegar tak semestinya benar, sedangkan beribu orang dah berpuluh tahun guna pagar tiba-tiba tukar kepada pegar... mcm mana boleh tersilap beribu orang ni pun mana tah silap. masa baca mula2 dulu pasal pegar vs pagar aku dah pelik gila kenapa pagar tukar kepada pegar. Pagar sebenarnya lebih bererti dalam peribahasa itu sebab pagar ini kita faham melindungi, pagar makan padi itu menunjukkan sesuatu yang tak disangka. kalau guna pegar semua elemen tu hilang.. mana boleh pegar menggantikan peranan pagar dengan erti yang lebih besar. ...betul2 ini satu blunder untuk satu malaysia.. kalau aku, aku akan pakai pagar dan tak peduli orang ckp apa

Quote underground 5-1-2022 08:25 AM
Edited by underground at 5-1-2022 08:26 AM
hyie replied at 4-1-2022 10:46 PM
kat ig fedtri yahya hari ni dah update, katanya DBP dah putuskan yang betulnya adalah PAGAR. Sebab ...

walau jarang, tapi adalah logik juga pegar boleh makan padi.

ni pagar?
kampung wife aku ada sawah padi, tak pernah aku tengok lagi orang pasang pagar kat sawah.

plz la DBP, benda simple je

Quote ToungeSoup 5-1-2022 08:43 AM
iouls rasa pegar tu betul..sbb burung pegar mmg ada dikawasan sawah padi..and org2 dulu diorang takkan letak pagar kat sawah padi...bayangkan berapa banyak pagar diorang nak pasang kat kawasan padi yg luas tu..
Quote BartholomewKuma 5-1-2022 08:58 AM
Suruhanjaya penerima rasuah malaysia sprm
Quote BartholomewKuma 5-1-2022 08:59 AM
ninja9 replied at 5-1-2022 02:35 AM
hanya kerana seorang penulis menyatakan pagar itu sebenarnya pegar tak semestinya benar, sedangkan ...

Persoalan dia kenapa dok suruh burung pegar jaga padi? Memang pegar tu turun temurun dok jaga padi ka apa ka?
Quote kelip2_07 5-1-2022 11:01 AM
wahhh nie duit rampasan kt mane byk giler mmg kenyang
Quote ninja9 5-1-2022 11:16 AM
BartholomewKuma replied at 5-1-2022 08:59 AM
Persoalan dia kenapa dok suruh burung pegar jaga padi? Memang pegar tu turun temurun dok jaga padi ...

aku ingat-ingat lupa kenapa pegar tu kononya ada sifat melindungi padi.. cuma skrng ni aku akan anggap pegar tu sebenarnya makan padi kerana ianya sejenis burung bukannya melindungi padi, dan menurut aku peribahasa tu sebenarnya guna pagar bukan pegar..


kejap aku nak google kejap... nak tau juga kenapa...


121625259_202413331248756_4244576858350072693_n.jpg

kononnya pagar tak boleh dipakai kerana tak logik ada orang yang pagar seluruh kawasan sawah, manakala pegar kononnya boleh sebagai penghalau binatang... jadi penilaiannya itu kononnya peribahasa patut bersifat logik... haha


.... dan semua pun orang terima... kalau nampak burung, burung apa pun berlegar di kawasan sawah padi aku dan aku rasa ramai lagi akan anggap burun tu nak makan padi.. apa elemen kejutan dan tak sangkanya kalau kita dah tau pegar itu kita dah syak makan padi.. tak ada langsung. tak berguna dah peribahasa tu kalau guna pegar...


Kononnya sebabnya pegar jadi pagar kerana lost in translation katanya... .. bunyi kelakar betul, tak sampai pun seratus tahun lagi pertukaran jawi ke rumi semua orang dah keliru dizaman media bercetak, ada sistem sekolah dan manusia dah ramai yang terpelajar... semua orang jadi terpinga-pinga dihidangkan dengan penjelasan yang boleh nampak benar padahal pendapat aku itu cuma coincidence...


Quote axl_bach 5-1-2022 11:24 AM
hyie replied at 4-1-2022 10:46 PM
kat ig fedtri yahya hari ni dah update, katanya DBP dah putuskan yang betulnya adalah PAGAR. Sebab ...

mcm lawak jer rasional dia "Sebab burung PEgar tu amat2 jarang atau susah nak kelihatan makan padi, lebih kepada takda"...then byk ke kes pagar makan padi so officially ambil PAGAR dari PEGAR?
Quote hyie 5-1-2022 12:32 PM
axl_bach replied at 5-1-2022 11:24 AM
mcm lawak jer rasional dia "Sebab burung PEgar tu amat2 jarang atau susah nak kelihatan makan padi ...

mungkin simbolik pagar yang asalnya diamanahkan jadi tukang jaga padi semasa ketiadaan tuannya, namun akhirnya tak boleh jugak diharap sebab ada benda lain boleh lolos makan padi tu. Secara visual je lah. Lelain iols pon tak berapa reti nak sexplain.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.150669 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top