Oleh Adib Za Akhirnya selepas viralnya kisah kontroversi memaki hamun seorang netizen di laman sosial, selebriti Azwan Ali tampil membuat permohonan secara terbuka dan mengambil pendekatan menjernihkan keadaan.
Dia menunjukkan bibit-bibit perdamaian dan rasa hormatnya terhadap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MIMM), Abdul Rani Kulup Abdullah (Arka) yang sebelum ini memberi amaran keras lantaran penghinaan Azwan yang turut menyentuh sensetiviti orang Melayu. "Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah..Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah. "Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab," katanya menerusi laman sosial miliknya.
Sebelum ini kata-kata yang dihamburkan oleh Azwan melalui laman sosialnya telah menerima pelbagai reaksi dan tohmahan di kalangan netizen kerana dalam masa yang sama ia juga melibatkan penghinaan terhadap orang Melayu. Namun, Arka telah tampil memberi amaran untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya Azwan tidak meminta maaf atas kata-katanya yang dianggap menghina dan menyentuh sensitiviti orang Melayu itu. Apa pun, kini ambillah yang jernih, dan buang yang keruh. Sama-sama kita perbaiki diri sempena bulan yang mulia ini. - CARI Infonet
|
22
Bagus |
24
Marah |
29
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MeghanK replied at 30-6-2015 10:33 PM
dia salahkan pihak ketiga pulak..lawak la azwan ali ni
dino replied at 30-6-2015 10:37 PM
kan... sendiri buat video mengalahkan bebudak baru sunat.... btw azwana alia dah bersunat blum? :l ...
ADVERTISEMENT