Rita Rudaini tampil mempersoal sikap segelintir warganet yang kurang berpuas hati dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) berhubung berita pemberian dos penggalak keempat vaksin Covid-19, baru-baru ini.
Menerusi entri Instagram, Rita memuat naik satu tangkap layar artikel Astro Awani mengenai perkara berkenaan di Instastory miliknya. “Habis madu sepah dibuang. Dulu dia lah tolong membawa masuk penawar untuk kamu semua. Korang puji dan puja dia. Korang marah orang lain. “Kamu semua kata penawar itu ‘ikhtiar’, sekarang nak marah dia kenapa? Memang tidak kenang budi. Mana ‘ikhtiar’ korang? Sudah tercicir? Dos penggalak itu ‘mak segala ikhtiar tau. Kamu semua ini memang tidak kenang jasa dia. “Dulu dia beri satu, korang minta dua. Sekarang dia beri lebih, korang marah kenapa? Bukan perlu bayar pun. Memang tidak kenang dek untung! Biasalah, Yang Berhormat (YB) kena ingat, Melayu mudah lupa,” coretnya panjang.
Terdahulu, Khairy memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian untuk memberikan suntikan dos penggalak keempat. Jelas beliau, apa yang diketahui setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap Covid-19. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Samerosie replied at 3-1-2022 07:28 PM
Tak habis lagi ke minah ni. Cepat2 la dapat injection kat bawah cik rita moga2 dapat yg jarum 6B te ...
crystel replied at 3-1-2022 07:26 PM
Aku xde rasa pape pun dkt makcik ni sebelum ni tapi makcik ni suka sgt trigger Malaysian.. Aku ni co ...
crystel replied at 3-1-2022 07:26 PM
Aku xde rasa pape pun dkt makcik ni sebelum ni tapi makcik ni suka sgt trigger Malaysian.. Aku ni co ...
margo20 replied at 3-1-2022 09:37 PM
Parents aku ok je dgn booster ni takde pun dorang kecoh kecoh berapa kali dah inject
crystel replied at 3-1-2022 07:26 PM
Aku xde rasa pape pun dkt makcik ni sebelum ni tapi makcik ni suka sgt trigger Malaysian.. Aku ni co ...
ADVERTISEMENT