CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Kena 'Tegur' Meracau Menari Ulek Mayang Dalam Bas

3-1-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4501| Komen: 21

"Kepada mereka khususnya netizen, jangan bermulut celupar atau komen yang bukan-bukan kalau tak tahu cerita!"

Demikian tegas seorang pemandu bas susulan video memaparkan seorang penumpang sedang meracau, menjadi tular di media sosial pada Ahad.


Hanya mahu dikenali sebagai Helmi, lelaki berkenaan berkata dia kecewa apabila membaca komen warganet yang seolah-olah tidak sensitif dan umpama mempermainkan insiden demikian.


Kredit foto: FB/IG mStar

"Ada yang komen macam-macam kononnya penumpang itu sedang khayal, mabuk ketum dan sebagainya.... saya pun jadi panas hati apabila membaca," ujarnya.


Mengimbas kembali insiden pada awal pagi Sabtu itu, Helmi berkata ia berlaku ketika dia sedang bertugas memandu bas ekspres dalam perjalanan ke arah utara.

"Penumpang itu berdua dengan ibunya naik bas yang saya pandu. Waktu sedang memandu, saya dengar mak dia jerit dan ajarnya mengucap. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.20 pagi dan betul-betul lalu Gua Tempurung, Perak iaitu KM317 arah utara.

"Waktu kena 'tegur', dia menari. Saya teruskan pemanduan ke hentian R&R terdekat iaitu Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan sebelum sampai R&R, dia menari. Saya pasangkan ayat ruqyah dan ayat suci al-Quran.

"Dia menari di tempat duduknya sahaja. Bila sampai, kami bantu pulihkannya. Alhamdulillah, dia sedar 15 minit kemudian. Kami tanya apa yang berlaku, dia jawab ternampak sesuatu.

"Tapi semuanya dah selesai. Penumpang itu pun dalam keadaan yang baik saja selepas itu," ujar lelaki pertengahan usia 30-an ini.

Berkongsi lebih lanjut, Helmi berkata insiden sedemikian bukanlah yang pertama dialaminya sepanjang 12 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas ekspres.



"Ini kejadian kedua penumpang kena 'tegur' sewaktu saya bertugas. Kejadian pertama berlaku beberapa tahun lepas.

"Sebenarnya kami pemandu lori dan bas memang faham dah selok belok laluan lebuh raya. Laluan di Gua Tempurung ni memang salah satu di antaranya kerana kerap terjadi kemalangan maut.

"Memang biasalah juga nampak budak melintas dan perempuan melintas jalan awal pagi. Jadi apabila berlaku perkara macam ini, insyaAllah apa yang kita belajar, kita cubalah handle," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sendiri terkejut apabila video berkenaan menjadi tular di media sosial dan hanya mengetahuinya melalui rakan.



"Saya kongsi video tu dekat grup WhatsApp pemandu-pemandu bas untuk tujuan peringatan dan mahu mereka hati-hati. Tapi tiba-tiba jadi viral dan memang saya terkejut.

"Memandangkan video dah viral, saya cuma harapkan ia boleh dijadikan sebagai peringatan kita bersama. Kalau lalu kawasan panas, minta hati-hati. Nampak apa-apa aneh, jangan tegur.

"Kepada netizen atau keyboard warrior yang bermulut celupar, kalau tak tau cerita, jangan komen. Kasihan kepada penumpang tu. Yang komen ni mungkin belum kena sebab mereka tak berada di atas jalan raya selalu. Jadi jangan bermulut celupar," katanya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-1-2022 12:45 PM
tempat puaka ni lah cermin kereta meols dan kawan-kawan pecah berderai macam kena rempuh tiba-tiba.., lepas tu sesat 1 jam pusing jalan sama malam yang sama lepas lalu situ...barua betul puaka kat situ...nasib kawan meols drive tak gelabah, terus blah cepat-cepat daripada situ cari R&R kawasan terang sikit.
Quote CardiGans85 3-1-2022 12:48 PM
Nasib menari. Di buatnya bersilat lagi naya. Orang tak pernah mengalami situasi ni memang sedap je cakap.
Quote chilly 3-1-2022 01:02 PM
Edited by chilly at 3-1-2022 01:07 PM

Ada sekali laki aku drive area ni malam and kereta tak banyak pon. So memang jarak antara kereta jauh-jauh. Masa tu aku duduk belakang dia dengan anak aku. Kebetulan aku tengok kat arah pintu sebelah dia. Masa ni laki aku kat lane kanan. Tengah bersembang boleh kitorang nampak tangan terjulur dari cermin kereta sebelah laki aku tolak stereng. Dah tetiba kereta nak ke kiri jalan nasib laki aku tak panik. Laju boleh tahan masa tu. Boleh eksiden oii.
Quote Kitty_catz 3-1-2022 01:11 PM
alah jalan tepen ke ipoh pun keta boleh kena 'angkat,' tekan minyak tak bergerak... apatah kes meronggeng dalam bas

jgn tacoddd anto chuols.. takut Allah.. tu je..
Quote hareeeesah 3-1-2022 01:54 PM
Korang yang penah nampak ke apa benda ni takuad semangat ke telebih semangat… ce cite sikit
Quote salimrock 3-1-2022 02:31 PM
aku pernah pergi 1 tempat perubatan tradisional, ada sorang mamat ni panjat counter, pastu buat backflip, betul2 punya mcm dlm filem, lepas tu dia golek2, lepas tu dia lompat pacat, lepast tu bersilat,  mula2 aku igt dia show off, tp dgr kata dia seorang pesilat yg di'tegur' makhluk halus, lepas tu ustas tu dtg dan baca ayat2 suci...


gila la, kalo orang badan 90kg-100kg kena 'tegur' sakit la sendi2 dia buat backflip bagai, tp aku rasa mmg dia mgkn sebelum ni dah tau buat backflip / lentik pacat  bagai,

Quote salimrock 3-1-2022 02:42 PM
zaman sekolah dulu pn ada pesilat kena rasuk, aku pn igt aku besar, aku pergi la peluk budak yg kena rasuk tu, sekali dia siku nya aku la, + sebijik penumbuk kt muka, terduduk aku atas kerusi panjang kantin tu, siot tul,

6-7 ( aku rasa lebih, sebab budak2 silat lain ada yg nak try dia ) orang dtg nak tangkap dia tak berjaya, sekali ustaz yg badan XXL dtg, tangkap dia baru dia senyap

zaman tu ramai belajar silat dan ada yg isim,  malam jumaat tidur atas kubur, ntah buat upacara apa ntah,



Quote tumpanglalu74 3-1-2022 03:18 PM
[fbp]https://web.facebook.com/penangkini/videos/1514185688966745[/fbp]
https://web.facebook.com/penangkini/videos/1514185688966745

Quote RinIna 3-1-2022 03:21 PM
Uiisshh... pengalaman korang seram woii... mujurlah tak ada apa2 yer.. janji jgn panik.. terus ingat ALLAH.
Quote ChildrenOfBodom 3-1-2022 04:28 PM
haram menatang tu lompat masuk dalam baih plak dah
Quote exclusive_vvip 3-1-2022 05:21 PM
Ada apa kat Gua Tempurung ni uols? Laki iols penah kena..time tu i tido..dia citer masa tgh drive ada benda putih berpaut kat kete..pastu dia berenti kat rnr @ hentian sebelah yg manatah..sebab nak bagi benda tu blah.time tu dlm pukul 2-3 pagi..i terjaga tgk dia tgh duduk2 kat luar, sempat jugak I cakap lam ati, napa laki aku dok kat luar memalam buta ni..taktau la kot masa dia tgk tu perasaan dia je ke apa..tapi dia mcm jenis hijab terbuka sikit..kat oversea pun kena..tapi sibbaik la dia jenis berani..
Quote annehuda 3-1-2022 05:25 PM
staf aku penah kene kt terowong menora tu. on the way balik KK.  dia terpandang kt atas bumbung tu ada perempuan rambut panjang tengah merayap atas siling tu mcm spiderman. yg ngeri tu die cakap kepala perempuan tu berpusing 360 darjah.  nsb baik la dia tak menggelabag
Quote pearl.silver 3-1-2022 05:25 PM
Alhamdulillah.. 10 tahun dok naik bas malam kl-kedah-kl xpenah lg jumpa kes2 pelik. Yg iols tau naik bas je iols tido. Sampai destinasi baru celik.
Quote annehuda 3-1-2022 05:26 PM
area sebelum ke selepas terowong menora ni memang selalu sangat accident.  org perak tau la kisah ni
Quote lampor 3-1-2022 06:31 PM
Gua tempurung ni bukan area yang acap tu hilang ke? Kiranya keras la tempat ni ek base on citer2 forumer sini...
Quote Megikari 3-1-2022 06:44 PM
Pernah tengok dikir barat masa ikut member balik kampung dia. Diorang berdikir tu dengan bakar macam kemenyan ke apa tah kat tengah2. Tak lama sorang tu salah sorang budak dalam grup dikir tu tiba2 menggelupur kuat jerit2 bahasa siam ke apa tah. Kusss semangat, aku yang tengok ni pun meremang bulu roma terus kawan aku ajak balik [em:7:]
Quote kakikuDibibirmu 3-1-2022 10:17 PM
Ulek mayang, mayang diulek:

[youtube]t0k8t-Ezno8[/youtube]

[youtube]_XeqNcy2YX0[/youtube]

[youtube]I0KVuptioDU[/youtube]

[youtube]ZvTtz09s0Ac[/youtube]
Quote ~boolean 3-1-2022 10:56 PM
kawan aku kena waktu hiking dalam hutan...

kami tengah seronok gelakkan member jatuh hammock, tapi hat sorang ni gelak tak henti...tiba2 dia mula mengilai pastu panjat pokok...ini bukan panjat manja2, ini panjat ala kungfu terus naik tinggi lompat satu pokok ke satu pokok, dah macam tengok crouching tiger hidden dragon.. takde sorang pun dari kami baca ayat2 quran sebab semua tengah terpegun fuyooo fuyooo tengok aksi kungfu..
Quote cmf_premierleag 3-1-2022 11:10 PM
annehuda replied at 3-1-2022 05:25 PM
staf aku penah kene kt terowong menora tu. on the way balik KK.  dia terpandang kt atas bumbung tu a ...

area menora tu kan femes gak dgn kisah volkswagen kuning atas highway tu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057293 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top