CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

15 Tahun Menjanda, DJ Lin Teringin Kahwin Lagi

31-12-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2287| Komen: 5

Lima belas tahun menjadi ibu tunggal kepada dua orang anak, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin mengakui dia kini mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi.

Tiada masa untuk mencari pasangan, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid bagaimanapun sentiasa membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki yang ingin mengenalinya.


Foto: IG
 
"Setiap orang yang masih single, mesti akan terfikir untuk berkahwin dan hidup dengan pasangan.

"Cuma kita ini wanita berkerjaya... bukan senang untuk ada masa nak mencari atau berkenalan. Saya lebih menyerahkan perkara ini kepada Allah.


"Sebab jodoh, ajal dan maut itu kuasa Allah. Cuma, saya harap kalau ada jodoh yang bakal hadir dalam hidup saya itu nanti datang daripada orang yang baik.

"Saya pun tak pernah menutup pintu hati saya... pintu hati saya sentiasa terbuka. Cuma tak ada orang nak cuba masuk," katanya kepada mStar.



Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-46 pada 31 Disember, Jumaat.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata kemungkinan lelaki sukar mendekatinya kerana menganggap dia seorang wanita berkerjaya dan tidak mudah melayan orang.



"Sebenarnya, saya sendiri tak tahu apa persepsi lelaki terhadap saya. Mungkin juga mereka takut nak dekat sebab melihat saya ada karier... mungkinlah.

"Mungkin juga mereka tengok saya ini tak pernah nak melayan. Lagi-lagi di media sosial memang tak ada masa nak layan.



"Tak pernah saya nak layan lebih-lebih dan tak beri ruang. Mungkin ada yang mencuba tapi tak berjaya," ujarnya.

Untuk rekod, DJ Lin bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya 20, dan Nazren Asyran, 18. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leftrani_kel 31-12-2021 04:35 PM
Asik cite nak kawen je klu dia ni..
Quote umbut 31-12-2021 05:14 PM
Ni nak promote diri sapa nak masuk minang leh dm ke. Semoga temu jodoh.. anak pun dah besar2.. nak ler berteman kan..
Quote jijilaaa 1-1-2022 11:27 AM
tak silap ex husband dulu jiran dia kan..rumah sebelah menyebelah je....pernah dgr dia cite masa suria cinta...tup2 dengar dah cerai.
Quote fealefea 1-1-2022 06:54 PM
Ni la dj paling popular. Takan la x de yg offer diri kan.
Quote fealefea 3-1-2022 11:28 AM
eh masih empat komen. kata dj popular bertahun2.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.150991 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top