CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Ditampar Anak, Dilibas Tuala Kerana Guna Tandas

30-12-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2195| Komen: 10

Lelaki berusia 75 tahun ditampar anak sendiri kerana menggunakan tandas. Malah, dia turut dipukul pada muka dengan tuala.


Perbuatan Mohammed Ariffin Tajuddin diketahui apabila adik perempuannya melihat kesan lebam pada bapa mereka dan mengakui perbuatannya itu apabila dipersoal adiknya.


Gambar hiasan

Ariffin, 42, dipenjarakan selama tiga minggu bermula kelmarin selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada orang lemah dengan satu pertuduhan melanggar perintah perlindungan yang dikeluarkan bapanya terhadapnya turut dipertimbangkan untuk dijatuhi hukuman.


Perintah perlindungan itu dikeluarkan Mahkamah Keadilan Keluarga pada 7 Januari tahun ini.

Ariffin tinggal bersama bapanya di sebuah flat dan pada 10 November lalu, dia tidak berpuas hati dengan penggunaan tandas oleh warga emas itu.

Dokumen bagaimanapun mahkamah tidak menyatakan sebabnya.

Ariffin kemudian menggunakan tangan kanannya untuk menampar muka bapanya dan turut menggunakan tuala untuk memukul di tempat sama. Mangsa dikatakan berasa sakit di bahagian hidung dan mata.

Dalam pada itu, adik perempuannya mendapat tahu tentang serangan berkenaan dia melihat kesan lebam pada muka bapanya beberapa hari kemudian sebelum membuat laporan polis membawa kepada penangkapan Ariffin.

Timbalan Pendakwa Raya, Kenny Yang tidak mengemukakan hukuman penjara tertentu, tetapi meminta Arifffin dirujuk ke Institut Kesihatan Mental selepas dibebaskan namun, keadaan psikiatri Ariffin tidak didedahkan di mahkamah.

Kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela, Arifffin boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga $5,000 (RM15,443).

Bagi kesalahan terhadap orang lemah, dia boleh menghadapi hukuman maksimum dua kali ganda. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 30-12-2021 12:56 PM
Ni spore punya news ke.. flat tu sapa punya..klu bapak punya lg lah x patut buat mcm tu kat org tua
Quote Adrif 30-12-2021 01:43 PM
entoh.. aku kalau kes melibatkan orang tua ni, nak tanya 3 pihak
tanya orang tua tu, tanya anak dia, dan tanya jiran sekeliling yang rapat/ baik dengan family tu.

suspicious suspicious  
Quote Shazid 30-12-2021 04:02 PM
Kesiannya...klu pun ada isu antara anak n bapa jgn lah dipukul org tua tu...Iols tau jg org tua mmg cabaran n byk mkn hati sb pengalaman sendiri...kene sabar byk2... inshaAllah Allah bg rezeki lebih.
Quote matchstick 30-12-2021 04:13 PM
Dasar si tanggang
Quote hareeeesah 30-12-2021 04:20 PM
Bukan senang nak jaga orang tua. Macam tu jugak la nak jaga budak kecik.. setakat marah gaduh mulut tu memang biasa la tp kalau dah naik tangan tak patut la.. orang tua memang banyak ragam.
Quote Orenn1 30-12-2021 04:28 PM
Biadappp tak kira alasan apa pun
Quote puccafan 30-12-2021 05:43 PM
Kalo dah tak boleh nak ikhlas jaga orang tua nyanyuk, letak la kat pusat jagaan. Bayar tiap2 bulan. Sediakan keperluan dia. Pampers ke, appointment klinik jangan miss. Sesekali jamu la penjaga kat rumah orang tua tu makan sedap2. Raikan diorang sanggup jaga elok2 orang tua yg korang taknak tengok muka dia tu.
Quote I.K.A888990 30-12-2021 07:03 PM
kalau pn tak suka cara ayah sendiri guna tandas tu tak perlu la sampai kau sanggup tergamak kasar dgn ayah kau tu..
Quote nini_azmi 30-12-2021 09:34 PM
Cerita psl org tua, teringat sorang forumer yg jaga tok tu. Mcm dah lama je tak muncul kat forum
Quote 3chanceno 30-12-2021 09:42 PM
Patut  1 sebatan untuk anak yang derhaka nie

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.199605 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top