View: 1462|Reply: 10
|
Warga Emas Ditampar Anak, Dilibas Tuala Kerana Guna Tandas
[Copy link]
|
|
Lelaki berusia 75 tahun ditampar anak sendiri kerana menggunakan tandas. Malah, dia turut dipukul pada muka dengan tuala.
Perbuatan Mohammed Ariffin Tajuddin diketahui apabila adik perempuannya melihat kesan lebam pada bapa mereka dan mengakui perbuatannya itu apabila dipersoal adiknya.
Gambar hiasan
Ariffin, 42, dipenjarakan selama tiga minggu bermula kelmarin selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada orang lemah dengan satu pertuduhan melanggar perintah perlindungan yang dikeluarkan bapanya terhadapnya turut dipertimbangkan untuk dijatuhi hukuman.
Perintah perlindungan itu dikeluarkan Mahkamah Keadilan Keluarga pada 7 Januari tahun ini.
Ariffin tinggal bersama bapanya di sebuah flat dan pada 10 November lalu, dia tidak berpuas hati dengan penggunaan tandas oleh warga emas itu.
Dokumen bagaimanapun mahkamah tidak menyatakan sebabnya.
Ariffin kemudian menggunakan tangan kanannya untuk menampar muka bapanya dan turut menggunakan tuala untuk memukul di tempat sama. Mangsa dikatakan berasa sakit di bahagian hidung dan mata.
Dalam pada itu, adik perempuannya mendapat tahu tentang serangan berkenaan dia melihat kesan lebam pada muka bapanya beberapa hari kemudian sebelum membuat laporan polis membawa kepada penangkapan Ariffin.
Timbalan Pendakwa Raya, Kenny Yang tidak mengemukakan hukuman penjara tertentu, tetapi meminta Arifffin dirujuk ke Institut Kesihatan Mental selepas dibebaskan namun, keadaan psikiatri Ariffin tidak didedahkan di mahkamah.
Kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela, Arifffin boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga $5,000 (RM15,443).
Bagi kesalahan terhadap orang lemah, dia boleh menghadapi hukuman maksimum dua kali ganda.
Sumber: Suara Merdeka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni spore punya news ke.. flat tu sapa punya..klu bapak punya lg lah x patut buat mcm tu kat org tua |
|
|
|
|
|
|
|
entoh.. aku kalau kes melibatkan orang tua ni, nak tanya 3 pihak
tanya orang tua tu, tanya anak dia, dan tanya jiran sekeliling yang rapat/ baik dengan family tu.
suspicious suspicious |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...klu pun ada isu antara anak n bapa jgn lah dipukul org tua tu...Iols tau jg org tua mmg cabaran n byk mkn hati sb pengalaman sendiri...kene sabar byk2... inshaAllah Allah bg rezeki lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan senang nak jaga orang tua. Macam tu jugak la nak jaga budak kecik.. setakat marah gaduh mulut tu memang biasa la tp kalau dah naik tangan tak patut la.. orang tua memang banyak ragam. |
|
|
|
|
|
|
|
Biadappp tak kira alasan apa pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dah tak boleh nak ikhlas jaga orang tua nyanyuk, letak la kat pusat jagaan. Bayar tiap2 bulan. Sediakan keperluan dia. Pampers ke, appointment klinik jangan miss. Sesekali jamu la penjaga kat rumah orang tua tu makan sedap2. Raikan diorang sanggup jaga elok2 orang tua yg korang taknak tengok muka dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pn tak suka cara ayah sendiri guna tandas tu tak perlu la sampai kau sanggup tergamak kasar dgn ayah kau tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita psl org tua, teringat sorang forumer yg jaga tok tu. Mcm dah lama je tak muncul kat forum |
|
|
|
|
|
|
|
Patut 1 sebatan untuk anak yang derhaka nie
|
|
|
|
|
|
|
| |
|