CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Penuh Lumpur, Pasangan Dihukum Mandi Longkang Sebab Berdua-Duaan

30-12-2021 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2697| Komen: 16

Jakarta – Dua remaja di Indonesia tular di media sosial apabila dihukum ‘mandi’ di dalam longkang selepas ditangkap berdua-duaan dan melakukan perbuatan tidak bermoral, lapor laman berita Suara.com.


Video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @penajam_terkini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki sedang merangkak di dalam longkang dengan wajahnya dipenuhi lumpur hitam. 


Foto: Agensi

Seorang remaja perempuan dilihat mengekorinya dari belakang lalu turut merangkak memasuki longkang tersebut.

Tidak lama selepas itu itu, seorang penduduk dilihat menendang remaja lelaki berkenaan supaya dia merangkak dalam keadaan lebih rendah di dalam longkang.

Berdasarkan keterangan pada video tersebut, kedua-dua remaja tersebut dihukum selepas penduduk menangkap mereka duduk berdua-duan dan melakukan perbuatan tidak bermoral.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen membanjiri ruangan komen.

“Lebih baik bawa jumpa ibu bapa mereka. Ataupun kahwinkan terus,’’ tulis seorang netizen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 30-12-2021 09:44 AM
melebih2 la eh korang ni

maksiat, pukul sepak terajang  mandi longkang

ada ke hudud gitu?
Quote saifulms 30-12-2021 10:25 AM
Bagus juga ni, pengajaran untuk yang masih hidup di dunia akhir zaman ni.. Sesekali apa salahnya kita melihat ke belakang yakni hukuman dizamqn datuk nenek kita dulu.. emm.. agaknya ramai yang dah lupa ni..
Quote berusjamban 30-12-2021 11:10 AM
Eh kan pakai hijob tu takkan la buat perbuatan x bermoral pulak? Fitnah ni
Quote doubleharmonic 30-12-2021 12:11 PM
padan muka ko kan noreen? selayaknya dihumban jah dalam lumpur biar ko tergolek2 dalam tu persis noreen
Quote Artemesiaa 30-12-2021 12:55 PM
Jadi macam tu bukan saja pasangan tu malu, keluarga pun pastinya malu sama.  Silap2 kena pulau dek orang kampung.
Quote clarizsa 30-12-2021 01:45 PM
Kalau kt msia sering dilaung jaga aib bagai
Quote eragon 30-12-2021 02:23 PM
Kenapa forum cari skrg ni bnyk sgt berita dari indonesia. ke forum cari ni mmg page indonesia ?
Quote Adrif 30-12-2021 02:29 PM
nasib kena hukum memalukan macam ni ja. kotor boleh basuh

ada banyak kes, dah kena tangkap khalwat, yang tukang tangkap ni, bawak budak lelakinya ke tempat lain, kena pukul, budak perempuan pulak, dirogol bergilir-gilir

video diambil, mangsa diguut. last2 kes habis gitu je
luar negara, dalam negara kita sendiri pun ada. mana2 sama je.

nak berzina tu beringat, Tuhan nampak, malaikat kiri kanan ada,
tapi kalau lupa jugak, ingat, kena tangkap manusia siksa jugak hidup korang nanti
menyesal tak sudah, menangis tak berlagu
Quote Doflaminggow 30-12-2021 02:29 PM
Indon buat teruk.. kahwin lain agama wat lek wat peace ja..
Quote Decaffeinated 30-12-2021 02:31 PM
terpengaruh dgn hukum hudud la tu

Quote Shazid 30-12-2021 02:50 PM
Dalam Islam kan ada undang2..bukan hukum mcm ni.
Quote capiloton 14-1-2022 11:59 PM
eragon replied at 30-12-2021 02:23 PM
Kenapa forum cari skrg ni bnyk sgt berita dari indonesia. ke forum cari ni mmg page indonesia ?

ko tengok la sapa thread owner nya,
muka yang sama jer
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 01:52 AM
Pulak dah..
Quote batmana 15-1-2022 02:22 AM
Hukum hudud tu nk elakkan benda cmni la. ..
Cm kes zina..mana ko nk cari saksi 4 lelaki yg solat tk pnah tinggal?Gile ke apa nk cari org solat penuh tgk live zina dpn mata?
Quote eragon 19-1-2022 01:41 PM
capiloton replied at 14-1-2022 11:59 PM
ko tengok la sapa thread owner nya,
muka yang sama jer

Indon ke ?
Quote capiloton 19-1-2022 03:07 PM

editor forum cari, peminat kisah drama di Indonesia

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049417 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top