CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Asal Ada Wang Semuanya Jalan" - Ifa Raziah Dedah SOP Di Arab Ke Laut?

29-12-2021 05:42 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6911| Komen: 25|Original author: LilRose

“SOP di sana memang ke laut dan memang dipandang remeh."

Pelakon sensasi Ifa Raziah mendedahkan prosedur operasi standard (SOP) di Arab Saudi yang teruk berbanding di Malaysia.

Pemilik nama sebenar Saripah Raziah Mustapha yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan ibadah umrah berkata, asalkan ada wang segala-galanya mungkin tidak diambil serius di Arab Saudi termasuk Mekah dan Madinah.


Kredit foto: IG

“Di sana, saya berani cakap, asal ada wang, semuanya jalan termasuk keputusan ujian calitan Covid-19 tidak dipandang serius oleh penduduk di sana.




Orang bertembung, berkumpul, berpeluk sini sana dan sebenarnya, saya sampai sana pun saya macam sangat terkejut macam tiada virus berbahaya sedang menular.

“Sampai Malaysia, baru saya rasa selamat dan untuk itu, terima kasih dan syabas buat Khairy Jamaluddin dan pihak Kementerian Kesihatan kerana bertegas tentang SOP,” katanya kepada Kosmo! Online.



Sementara itu, Ifa turut mengulas mengenai kejadian di mana jemaah umrah mengamuk dan terpaksa ditempatkan bilik sesudah mendarat di tanah air.

“Saya faham jemaah umrah penat. Sampai Malaysia dan terpaksa bersesak-sesak dalam satu tempat, siapa tak bising dan mengamuk? Saya pun penat tapi kalau tak buat begini, entah bagaimana kesannya.

“Pun begitu, saya percaya apa yang dilakukan KJ dan kementeriannya adalah untuk kebaikan bersama. Apatah lagi berdasarkan pengalaman di sana (Tanah Suci), saya rasa sangat wajar kerajaan bertegas dengan mana-mana individu yang baru pulang dari luar negara.



“Kerajaan dah bagi peluang ke luar negara, buat umrah dan macam-macam jadi pulang ke negara ini pastikan kita ak bawa virus yang boleh merebak kepada orang lain. Senang cerita, pergi dan pulang dengan rasa tanggungjawab sebab itu yang membezakan kita dengan penduduk negara lain.

“Tapi, kalau boleh saya cadangkan, nak kuarantin beberapa jam orang yang baru pulang ke tanah air, beri keutamaan dan keselesaan buat orang-orang tua, orang kelainan upaya (OKU),” ujarnya berhemah.

Pendek kata, jangan susahkan orang tua lah, katanya. Setuju tak? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 29-12-2021 06:46 PM
Org Arab ni mmg bsngsa jahak.. so tak heran pun cite mcm ni..
Quote slyfynx 29-12-2021 08:46 PM
Barbienye letak gmbr kat mekah tp iklan produk sampah bodoh kau.
Quote Radzor 29-12-2021 09:40 PM
jgn la takut kobid. Ajal maut dah ditentukan
Quote pencintaABC 29-12-2021 09:42 PM
Siapa yg gelar dia diva? Self proclaim mcm diva AA jugak ke? Lagu sendu album ke laut boleh ke nak dipanggil diva?
Quote Normabaru 30-12-2021 12:18 AM
Eh Ritu bkn kata nk Pfizer sbb nk g UK ke..Salah location dh ke skrg
Quote Rogue98 30-12-2021 12:26 AM
Orang lain pergi balik umrah tak complain apa pun. Dulu punye lah susah nak masuk Arab Saudi mmg strict nak buat umrah n Haji. Ni dia dapat pergi patut bersyukur jer lah.
Quote musangbodoh 30-12-2021 01:43 AM
ipah raziah....
Quote tigerads 30-12-2021 01:45 AM
di dubai sana deme dh 2 dos vaksin 2 dos booster..
Quote asamfish 30-12-2021 01:50 AM
Bila Saudi tutup border, nkau marah kata tempat hiburan bukak tapi nak beribadat tak boleh.  Dah dorang bukak, nkau mengata pulak!  Yang buat masalah tu sume jemaah umrah la jugak..dari pelbagai pelusuk doniya.  Haaaa...sekarang kan dah mendapat...Saudi dah start balik penjarakan sosaial...saf2 pun dah dijarakkan sekarang ni haaaaa
Quote samshik 30-12-2021 02:45 AM
10 die cter.. 15 i olls xcaya.. Ni geng "kenchink quad"...
Quote Perawankota 30-12-2021 03:37 AM
Sepupu aku dgn pakcik makcik aku p umrah last year tak silap.. Dia cerita nama je tempat ibadat, tapi tandas awam kat sana memang tak bersih.. Sebabtu seboleh2nya orang nak duduk Hotel yang paling dekat.. Kalau nak membuang ke apa, balik bilik hotel je..

Aku dengar, tergamam kejap. Sebab aku ingatkan kat Tempat2 mulia mcmtu mesti lah pi mana2 pon bersih..

Quote fefeeling 30-12-2021 03:37 AM
Edited by fefeeling at 30-12-2021 03:39 AM

Cite psl mekah ni aku nak OT sket.. sapa makcik yg suka buat content berjalan berpusing2 masuk kedai la, pi airport la, pastu aku ada ternampak skali kt timeline dia baru pas semayang ke berdoa entah kat dlm masjid kt mekah, kamera ada kat sejadah tala hadap muka dia ye.. terus heshe bersembang dgn kamera weh whatdefishhh??? pegi beribadat ke mmg batak buat content walau di tanah suci? Sapa acik tu? Rasa cam pnah nmpk dia bisnes quran apa benda entah, basically memang tonggang religion habis la.. wow sgt mekah dah jd too commercial, baik elok pulak yg kapir, masuk gereja takde sapa amik gambar bagai masa mass ke communal ke.. oh my islam
Quote Suchi 30-12-2021 07:13 AM
Dah kenapa berpeluk2? Tp mmg ada yg tak kisah pun nak berpeluk musim covid ni.

Kawan iols selamba ckp kat fb dia suka peluk3 tak kisah ngn sapa pun rasa mcm dapat lepakan beban kot gitu.
Taktaula dia percaya covid ke tak tapi mmg tak ambil vaksin la.

Iols tak suka peluk2 ngn org asing, tak kira la jumpa kat mana2 pun.Ada org suka sgt dapat peluk org asing mcm kt surau bagai.
Peluk ngn laki n anak2 je iols ok.
Quote hzln 30-12-2021 07:20 AM
fefeeling replied at 30-12-2021 03:37 AM
Cite psl mekah ni aku nak OT sket.. sapa makcik yg suka buat content berjalan berpusing2 masuk kedai ...

Gi mekah madinah dah jadi mcm gi vatican gi jerusalem jer sesetengah org kita buat, yeahhh sesungguhnya religious tourism itu benarrrrr, cuma sungai ganges depa tak pi la, batu caves yg coihhh dekat tu ja pun depa tak jejak
Quote laksmanabentan 30-12-2021 08:49 AM
slyfynx replied at 29-12-2021 08:46 PM
Barbienye letak gmbr kat mekah tp iklan produk sampah bodoh kau.

yang penting kaca mata LV... beg pun LV depan kaabah wokeyy...
OOTD depan kaabah... ko mampu??? hahahaa....
Quote gangerina 30-12-2021 12:12 PM
fefeeling replied at 30-12-2021 03:37 AM
Cite psl mekah ni aku nak OT sket.. sapa makcik yg suka buat content berjalan berpusing2 masuk kedai ...

Finally.... ada jugak org komen mak cik ni....Ya Allah...somebody stop her please....tolonglah....get her off socmed, nak muntah tgk...
Quote Azharitubunga 30-12-2021 02:44 PM
Perawankota replied at 30-12-2021 03:37 AM
Sepupu aku dgn pakcik makcik aku p umrah last year tak silap.. Dia cerita nama je tempat ibadat, tap ...

Last year.. umrah belum buka untuk orang luar kan?
Tandas disekitar masjid tu sangat besar dan bersih
Sentiasa dicuci
Bersih
Quote bawanie 30-12-2021 02:58 PM
Azharitubunga replied at 30-12-2021 02:44 PM
Last year.. umrah belum buka untuk orang luar kan?
Tandas disekitar masjid tu sangat besar dan ber ...
Mana2 tempat kalau dah ramai orang, mmg toilet xkan bersih punya.

Siapa cakap Jepun dia xpernah pergi Jepun. Aku pergi Jepun ada je public toilet dia kotor.
Quote gold_teeth 30-12-2021 02:59 PM
Perawankota replied at 30-12-2021 03:37 AM
Sepupu aku dgn pakcik makcik aku p umrah last year tak silap.. Dia cerita nama je tempat ibadat, tap ...

Xpasti la toilet mana yg mkcik u refer.. and mgkin masa musim covid je kut isu x bersih ni.. sbab setau i dari pngalaman sendiri toilet mekah madinah sentiasa dicuci dan sangat lebih baik dari toilet awam malaysia.. cleaner sana sgt ramai dan asal pegi toilet je mesti ada partition n tgh dicuci.. cuma isunya toilet jauh sangat dari certain area kt msjidil haram sbab dia xnak ganggu tmpat ibadat suci

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.130201 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top